Skip to main content

Malaysia

Steven Sim dirawat di hospital, disaran berehat

FB Steven Sim Chee Keong 沈志强
Steven berkongsi keadaan terkininya di hospital menerusi media sosial. - Facebook Steven Sim

SHAH ALAM: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong kini menerima rawatan di sebuah hospital.

Perkembangan itu dikongsikan beliau menerusi akaun Facebook miliknya pada Jumaat.

Advertisement

Menurutnya, keadaan kesihatan beliau memerlukan rehat selepas melalui jadual kerja yang padat sejak beberapa minggu lalu.

“Berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina. Doktor menasihatkan supaya berehat seketika.

“I'll be back soon, stronger! Jalan terus! Kebaikan akan menyusul selepas musibah,” katanya ringkas. - Sinar Harian

 

Must Watch Video