[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
NATIONAL

Steven Sim tidak pernah lantik mana-mana individu sebagai penasihat

Bernama 31/03/2025 | 04:00 MYT
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai penasihat beliau, jelas Setiausaha Akhbarnya, Abdul Hakim Ab Rahman. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai penasihat beliau.
Menjelaskan perkara berkenaan, Setiausaha Akhbarnya, Abdul Hakim Ab Rahman berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kenyataan yang mendakwa seorang individu ialah penasihat kepada Menteri Sumber Manusia.
"Sebarang persoalan tentang perjawatan dalam pejabat menteri atau Kementerian Sumber Manusia boleh ditujukan kepada saluran rasmi kementerian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Penjelasan itu, susulan laporan sebuah portal yang mendakwa seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang dipercayai menipu wang orang ramai sebanyak RM10 juta ialah penasihat kepada Menteri Sumber Manusia.
Pada 29 Mac, dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan ahli perniagaan berpengalaman selama 30 tahun dalam industri minyak dan gas itu yang menipu wang dengan alasan untuk diserahkan kepada polis bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan satu sidang media berkaitan kes berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
#Steven Sim #penasihat Steven Sim #ahli perniagaan #PDRM