MALAYSIA
Stigma ‘bunuh’ peluang kedua bekas penagih untuk pulih - AADK
AADK turut menyeru lebih ramai tampil secara sukarela mendapatkan rawatan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). -Foto fail
KUALA LUMPUR: Stigma masyarakat terhadap bekas penagih dadah kekal menjadi cabaran utama dalam usaha memulihkan golongan itu, kata Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Ringkasan AI
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Rujhan Ramli berkata stigma menjadi musuh utama dalam memulihkan semula keyakinan bekas penagih.
Menurut beliau, persepsi negatif ini bukan sahaja menghalang proses pemulihan, malah boleh menjerumuskan mereka kembali ke kancah penagihan.
“Stigma inilah yang paling menakutkan pada kami, sebab nak ubah stigma seseorang itu amat mencabar…mungkin, dia pernah ada sejarah dengan bekas penagih ataupun penyalahgunaan dan pengedaran dadah tu sendiri.
“Cuma, kami di AADK tidak pernah berputus asa dan akan berusaha untuk menerangkan balik,” katanya.
Tambah beliau, masyarakat masih memukul rata bahawa bekas penagih tetap akan mengulangi kesilapan lalu walaupun sudah menjalani rawatan dan pemulihan.
“Bila orang melihat benda itu (gejala negatif), dia rangkum semua, pukul rata... hang (bekas penagih) masuk pusat, balik sama saja,” kata Rujhan pada segmen AWANI Pagi bertajuk ‘Dimensi Baharu Rawatan dan Pemulihan Dadah’ pada Sabtu.
Rujhan turun menekankan AADK kini menggunakan pendekatan membina semula kekuatan mental dan jati diri klien agar lebih bersedia menghadapi stigma.
“Kami ajar klien tu urus stigma, kalau orang kata apa-apa pun, kekuatan anda macam ini, ajar untuk kebal,” katanya lagi.
Rujhan turut menyeru lebih ramai tampil secara sukarela mendapatkan rawatan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), agar pemulihan dapat dilakukan dalam suasana lebih positif dan terancang.
“Ramai yang masuk tempat kita (PUSPEN) yang zero knowledge, bila keluar ada ilmu berkaitan dengan elektrik dan sebagainya…bekerja dengan gaji lebih besar,” katanya.
Ringkasan AI
- AADK menyatakan stigma masyarakat terhadap bekas penagih dadah kekal menjadi cabaran utama dalam proses pemulihan, kerana persepsi negatif boleh menjejaskan keyakinan dan mendorong mereka kembali ke kancah penagihan.
- AADK kini menggunakan pendekatan membina kekuatan mental dan jati diri klien agar mereka lebih bersedia menghadapi stigma serta mampu mengurus tekanan sosial secara positif.
- Orang ramai digalakkan tampil secara sukarela mendapatkan rawatan di PUSPEN, yang bukan sahaja menawarkan pemulihan tetapi juga kemahiran seperti elektrik untuk membantu bekas penagih membina semula kehidupan dengan lebih baik.