awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stigma, diskriminasi halang akses rawatan dan penjagaan kesihatan mental

Bernama
Bernama
10/10/2023
10:36 MYT
Stigma, diskriminasi halang akses rawatan dan penjagaan kesihatan mental
Data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati satu dalam empat remaja mengalami gejala kemurungan pada 2022 berbanding satu dalam lima remaja pada 2019.- Gambar hiasan/Unsplash
PUTRAJAYA: Stigma dan diskriminasi antara cabaran utama menjadi penghalang kepada akses terhadap rawatan dan penjagaan kesihatan mental yang baik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Dalam satu kenyataan hari ini sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut setiap 10 Okt, beliau berkata persepsi negatif tersebut perlu dihentikan dan individu yang mempunyai masalah kesihatan mental perlu digalakkan untuk mendapatkan rawatan sama seperti penyakit fizikal lain.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mewujudkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental iaitu Talian HEAL 15555 bagi meningkatkan akses kepada masyarakat bagi perkhidmatan bantuan sokongan kesihatan mental dan tele-kaunseling.
Setelah hampir setahun beroperasi, sebanyak 26,139 panggilan telah diterima dengan 16,942 klien atau 65 peratus daripadanya telah menerima bantuan sokongan emosi manakala 9,197 klien atau 35 peratus menerima intervensi khusus oleh pegawai psikologi kaunseling, katanya.
Memetik data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang mendapati satu dalam empat remaja mengalami gejala kemurungan pada 2022 berbanding satu dalam lima remaja pada 2019, Dr Zaliha berkata ia menunjukkan trend peningkatan pemasalahan kesihatan mental terutama dalam golongan kanak-kanak dan remaja.
"KKM terus komited untuk memberi perkhidmatan kesihatan mental yang terbaik kepada segenap lapisan masyarakat," katanya serta menambah halatuju perkhidmatan kesihatan mental negara akan dipertingkatkan melalui pendekatan platform digitalisasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kesihatan Mental Sedunia
#Dr Zaliha Mustafa
#rawatan kesihatan mental
#stigma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan