awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stoking kalimah Allah: Kerajaan Selangor panggil pengurusan KK Mart

Bernama
Bernama
22/03/2024
09:25 MYT
Stoking kalimah Allah: Kerajaan Selangor panggil pengurusan KK Mart
Amirudin (foto) berkata pihak KK Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri, terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memanggil pengurusan kedai serbaneka KK Super Mart, berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah dirangkaian kedai itu, baru-baru ini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihak KK Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri, terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu.
Beliau berkata pengurusan kedai serbaneka itu perlu bertanggungjawab dan ikhlas dengan permohonan maaf yang telah dibuat.
"Kita akan memanggil pengurusan KK Mart bagi mendengar penjelasan lanjut berhubung isu tersebut.
"Mereka kena bertanggungjawab dengan isu itu dan pastikan tiada lagi barang-barang yang mengganggu dan melukakan hati umat Islam," katanya selepas Program Mahabbah Ramadan MADANI bersama penjawat awam Selangor di sini hari ini.
Dalam pada itu, Amirudin berkata kerajaan negeri akan melaksanakan pemeriksaan lanjutan ke atas premis jualan barangan runcit dan serbaneka lain, bagi memastikan tiada lagi penjualan stoking tertera kalimah Allah itu di pasaran di Selangor.
Beliau berkata pemeriksaan menyeluruh melibatkan kerjasama antara Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri Datuk Rizam Ismail itu, dilaksanakan susulan terdapat laporan stoking tersebut turut ditemui di Johor.
"Saya sudah berbincang dengan Mohammad Fahmi berkenaan isu ini, di mana kita juga akan tambah anggota penguat kuasa di bawah Datuk Rizam untuk kita buat pemeriksaan di premis-premis jualan berkaitan termasuk KK Mart.
"Kita mahu pastikan tiada lagi penjualan stoking ini di pasaran dan jika ada, tindakan tegas akan diambil," katanya.
Amirudin juga mengingatkan semua pihak agar menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum serta agama dengan kerajaan tidak akan berkompromi dalam melaksanakan undang-undang demi keharmonian negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#kk mart
#Stoking tertera kalimah Allah
#pengurusan kedai serbaneka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan