awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stoking tertera kalimah Allah: Polis terima 178 laporan di seluruh negara

Bernama
Bernama
25/03/2024
11:45 MYT
Stoking tertera kalimah Allah: Polis terima 178 laporan di seluruh negara
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM turut menerima 30 laporan mengenai ketidakpuasan hati terhadap hantaran melalui Facebook mengenai isu sama. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 178 laporan di seluruh negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart cawangan Bandar Sunway di Petaling Jaya, setakat ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM turut menerima 30 laporan mengenai ketidakpuasan hati terhadap hantaran melalui Facebook mengenai isu sama.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius isu ini dan tindakan penguatkuasaan diambil dengan melaksanakan pemeriksaan di semua premis KK Mart di seluruh negara dan hasil pemeriksaan mendapati KK Mart telah menarik balik semua stoking berkenaan di semua cawangan di seluruh negara.
"Namun, siasatan lanjut kita laksanakan terhadap pengurusan dan vendor terlibat bagi pastikan ia tidak berulang lagi. Walaupun permohonan maaf telah dikemukakan pihak KK Mart dan vendor terlibat, KDN akan teruskan siasatan bagi menangani isu ini yang mencetuskan kegemparan dan kegusaran awam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KDN di Dewan Negara hari ini.
Sementara itu, Shamsul Anuar berkata sebanyak 771 kertas siasatan dibuka bagi kes isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) sejak 2020 dengan 71 kes telah dituduh di mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan polis
#isu stoking
#kalimah
#kk mart
#Shamsul Anuar Nasarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan