[TERKINI] Sistem Pendidikan Malaysia Berubah Bermula 2027: Darjah Satu Umur 6, Penilaian Murid Tahun 4 & Tingkatan 3 – Ini Perkara yang Ibu Bapa WAJIB Tahu
MALAYSIA

STR Fasa 1 2026 mula disalurkan kepada 5 juta penerima hari ini - PM

Harits Asyraf Hasnan 20/01/2026 | 00:50 MYT
Jumlah itu merangkumi 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan, dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM500, bergantung kepada kelayakan masing‑masing. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 mula disalurkan hari ini melibatkan 5 juta penerima, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan, dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM500, bergantung kepada kelayakan masing‑masing.

Menurut Anwar, penambahbaikan STR tahun ini diselaraskan bersama pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memastikan golongan berpendapatan rendah menerima bantuan yang lebih konsisten dalam memenuhi keperluan asas.

“STR disediakan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan bagi memberi ruang kewangan pada waktu puncak seperti musim perayaan, manakala SARA berfungsi sebagai sokongan asas bulanan yang stabil,” katanya menerusi kenyataan di akaun media sosial rasmi beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata, usaha itu selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan rakyat dapat hidup bermaruah dan tidak terpinggir dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.

“Saya berharap bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima,” kata beliau.





#Str #Anwar Ibrahim #sara #Kerajaan Madani