MALAYSIA
STR Fasa 3 bermula hari ini, 8.6 juta rakyat terima bantuan tunai
STR bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu usaha menyuntik semangat ke arah kebebasan kewangan dalam kalangan penerima.
KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, seramai 8.6 juta rakyat Malaysia akan menerima pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion.
Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah serta menyokong matlamat ekonomi MADANI yang inklusif dan saksama.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, STR bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu usaha menyuntik semangat ke arah kebebasan kewangan dalam kalangan penerima.
Langkah ini diharap dapat memperkukuh asas ekonomi rakyat dan menyumbang kepada kesaksamaan sosial.
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan.
Jumlah penerima bagi Fasa 3 meningkat sebanyak 300,000 orang berbanding 8.3 juta penerima pada Fasa 1 yang dilaksanakan Januari lalu.