MALAYSIA
STR Fasa 4: 8.8 juta penerima terima bayaran lebih awal mulai esok
Dalam pembentangan Belanjawan Madani Keempat pada 10 Oktober lalu, kerajaan memperuntukkan keseluruhan STR dan SARA mencecah RM15 bilion bagi tahun 2026. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seramai 8.8 juta penerima akan menerima bayaran Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula esok, lebih awal daripada jadual asal pada pertengahan November.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi fasa ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion, dengan kadar bayaran sehingga RM700 yang ditetapkan mengikut kategori.
"Diharapkan penyaluran Fasa 4 STR 2025 ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kewangan menjelang sambutan Deepavali," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ujar beliau, jumlah tersebut termasuk 200,000 pemohon baharu yang telah diluluskan bayaran Fasa 4 STR, yang mana penyaluran akan dibuat mulai 13 November depan.
"Jumlah penerima Fasa 4 meningkat 500,000 individu susulan keputusan kerajaan untuk membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun.
"Tekad Kerajaan Madani adalah untuk memastikan bantuan yang melibatkan agihan limpahan negara ini dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia," katanya.
Kerajaan akan terus membuka pendaftaran STR dan SARA 2026 sepanjang tahun agar lebih ramai rakyat berpeluang mendapat manfaat daripada bantuan.
Dalam pembentangan Belanjawan Madani Keempat pada 10 Oktober lalu, kerajaan memperuntukkan keseluruhan STR dan SARA mencecah RM15 bilion bagi tahun 2026.
"Bagi penerima sedia ada, data mereka akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan bersama data daripada agensi-agensi berkaitan untuk semakan kelayakan STR dan SARA 2026 mengikut syarat yang ditetapkan.
"Pendekatan ini turut mengurangkan risiko keciciran dan memastikan bantuan terus sampai kepada golongan sasar," katanya.
Dalam pada itu, Kementerian Kewangan (MoF) mengingatkan penerima STR agar sentiasa berwaspada terhadap pautan tidak sahih dan cubaan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.
"Sebagai perlindungan daripada kes penipuan, pihak MOF tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp," ujar kementerian itu. - Sinar Harian