awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan petani bantah perjanjian Mercosur di hadapan Parlimen EU
'Bodoh macam lembu'? Mungkin tidak, menurut kajian
Presiden Bulgaria serah surat letak jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

STR terus jadi sandaran bantu kos sara hidup

Bernama
Bernama
20/01/2026
20:30 MYT
STR terus jadi sandaran bantu kos sara hidup
STR Fasa 1 tahun ini mula disalurkan semalam, memberi manfaat kepada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion. - Foto hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya golongan B40, dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.

Ringkasan AI
  • Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) memberi kelegaan kepada rakyat, terutama golongan B40, dalam menangani tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.
  • Penerima seperti Zaliha Jaafar dan Maah Mahali Hussin mengakui bahawa STR sangat membantu meringankan beban perbelanjaan harian mereka.
  • Program STR Fasa 1 telah disalurkan, memberi manfaat kepada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan dengan peruntukan RM1.1 bilion.

Suri rumah, Zaliha Jaafar, 51, berkata bantuan kewangan itu amat bermakna buat keluarganya kerana digunakan untuk menampung perbelanjaan harian termasuk membeli air mineral ketika gangguan bekalan air di kawasan kediamannya.
Nenek kepada lapan cucu yang menetap di Taman Keramat, Putatan itu berkata gangguan bekalan air yang kerap menyebabkan mereka terpaksa menambah perbelanjaan rumah.
"Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan, terutama untuk golongan B40 yang sangat memerlukan. Bantuan ini benar-benar membantu," katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam.
Pesara Maah Mahali Hussin, 74, berkata STR membantu meringankan beban perbelanjaan hariannya, terutamanya bagi membeli barangan keperluan asas.
Maah Mahali berkata sebagai pesara yang tidak mempunyai pendapatan lain, bantuan itu amat dihargai dan mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.
"Alhamdulillah, STR banyak membantu perbelanjaan harian. Terima kasih kepada kerajaan dan saya berharap bantuan seperti ini diteruskan," katanya.
Seorang lagi penerima Ashari Puteh, 69, berkata STR membantu meringankan beban kewangannya membeli barangan dapur dan keperluan asas.
Bapa kepada tiga anak itu berkata bantuan itu antara lain digunakan untuk membeli air mineral dan barangan diperlukan keluarga.
"Saya berharap STR dapat diteruskan dan sekiranya boleh, jumlah bantuan ditambah lagi," katanya selepas membeli barangan dapur di sebuah pasar raya di sini.
STR Fasa 1 tahun ini mula disalurkan semalam, memberi manfaat kepada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion.
Setiap penerima akan menerima bantuan antara RM100 hingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah
#Str
#kos sara hidup
#golongan B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan