awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Strategi Pengkomputeran Awan sebahagian agenda nasional - PM Najib

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/10/2017
11:46 MYT
Strategi Pengkomputeran Awan sebahagian agenda nasional - PM Najib
Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis ICM ke-29 di Perdana Putra hari ini. Turut hadir Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDec) Tan Sri Sidek Hassan (kanan). --fotoBERNAMA
Kerajaan akan memperkenalkan Strategi Pengkomputeran Awan Pertama (Cloud First Strategy) dalam agenda nasiona, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Katanya, strategi itu merupakan inisiatif khusus buat belia, golongan B40 dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), termasuk usahawan digital.
Jelas beliau, strategi itu akan mula diaplikasi dalam sektor kerajaan dengan menambahbaik penyampaian kepada rakyat.
"Pelaksanaan pengkomputeran awan (cloud) membolehkan kerajaan untuk mempertingkatkan penyampaian sektor awam kepada rakyat dengan lebih inovatif tanpa perbelanjaan yang tinggi, seperti membangunkan infrastruktur IT seperti pengkalan data, server dan pengstoran.
"Ini membolehkan kerajaan membantu sektor swasta dalam menggunapakai pengkomputeran awan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Digital Malaysia (ICM) kali ke-29 di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Beliau pada masa sama menggesa pemain industri seperti perkhidmatan perbankan dan kewangan, kesihatan dan telekomunikasi untuk memacu pengkomputeran awan.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia akan membangunkan Rangka Kerja Kepintaran Buatan (AI) Kebangsaan, yang akan diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan ini adalah peluasan kepada Rangka Kerja Analitik Big Data (BDA) Kebangsaan.
“AI akan menjadi pencetus perubahan yang dapat menambah baik lagi kehidupan rakyat Malaysia,” tambahnya.
Dalam peringkat industri yang lebih besar, kerajaan katanya, akan mewujudkan Program Pemecutan Transformasi Digital (D-TAP) untuk syarikat besar dan pertengahan yang akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 63.4 peratus.
"Bagi mempercepatkan transformasi, kita akan melantik Makmal Transformasi Digital untuk menyediakan khidmat rundingan dan membantu dalam prototaip produk dan perkhidmatan digital baharu.
"Makmal ini kemudian akan memadankan syarikat yang mengambil bahagian dan syarikat digital," katanya.
Topic Berkaitan
#cloud
#Digital Malaysia
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#Najib Razak
#pengkomputeran awan
#Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia
#Program Pemecutan Transformasi Digital
#Rangka Kerja Analitik Big Data BDA Kebangsaan
#Rangka Kerja Kepintaran Buatan
#sektor awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan