MALAYSIA
Strategi tangani kesesakan lalu lintas di Jalan Bangsar dirangka - Fahmi
Fahmi berkata Bangsar merupakan kawasan yang sedang membangun dengan begitu pesat, maka setiap projek baharu mesti dirancang secara teliti. - Foto FB Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Strategi jangka pendek dan panjang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Bangsar, di sini dirangka melalui perbincangan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta wakil pemaju di bangunan Parlimen, semalam.
Ringkasan AI
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Fahmi berkata Bangsar merupakan kawasan yang sedang membangun dengan begitu pesat, maka setiap projek baharu mesti dirancang secara teliti agar manfaatnya dirasai rakyat selain memastikan kesejahteraan penduduk setempat dipelihara.
"Dengan komitmen padu daripada semua pihak, kita boleh mencari penyelesaian yang bukan sahaja berkesan untuk mengurangkan kesesakan, tetapi juga mengekalkan Bangsar sebagai kawasan tersusun, selesa dan kondusif untuk didiami," katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perbincangan Strategik: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bersama DBKL dan wakil pemaju telah merangka strategi jangka pendek dan panjang bagi menangani kesesakan di Jalan Bangsar.
- Pembangunan Terancang: Bangsar dikenal pasti sebagai kawasan pesat membangun, maka setiap projek baharu perlu dirancang teliti agar manfaatnya sampai kepada rakyat dan kesejahteraan penduduk terpelihara.
- Komitmen Holistik: Fahmi menekankan perlunya kerjasama semua pihak untuk memastikan penyelesaian yang berkesan, serta mengekalkan Bangsar sebagai kawasan tersusun dan selesa untuk didiami.