KUALA LUMPUR: Strategi untuk meningkatkan pasaran modal Malaysia yang diumumkan hari ini berkemungkinan akan dapat membantu meningkatkan ringgit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata asas ekonomi negara masih lagi teguh.
"Ia tidak saling berkait, tetapi mudah-mudahan kita boleh...Apa yang paling penting adalah asas (ekonomi) adalah kukuh," kata Anwar kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai sama ada pengumuman tersebut akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan.
Bagi meluaskan pilihan pelaburan mengikut kemampuan rakyat, ditambah dengan hasrat untuk menggalakkan lagi minat pelabur dalam pasaran modal, Anwar juga mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Bursa Malaysia Securities akan dikurangkan kepada 0.10 peratus nilai kontrak daripada 0.15 peratus pada masa ini, tertakluk kepada had maksimum RM1,000 setiap kontrak, berkuat kuasa Julai.
Kementerian Kewangan dan SC juga akan berusaha untuk meluaskan definisi pelabur sofistikated dengan melibatkan sekali 'angel investor' (pelabur mangkin).
Manakala SC dan Bursa Malaysia akan melaksanakan pembaharuan untuk memudahkan penyenaraian di bursa pada tahun ini dengan mempercepatkan proses tawaran awam permulaan (IPO) serta memendekkan masa ke pasaran bagi memastikan daya saing dan daya tarikan Malaysia.
Sementara itu, program CMGP yang dilancarkan hari ini itu adalah bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memastikan perancangan tenaga kerja yang mampan bagi menangani kekurangan tenaga kerja mahir dalam pasaran modal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

ANWAR: Ia tidak saling berkait, tetapi mudah-mudahan kita boleh.... Apa yang paling penting adalah asas (ekonomi) adalah kukuh. -Gambar fail
Cuba & Iran meterai perjanjian tingkat bilateral
Presiden Cuba, Miguel Diaz Canel, dan rakan sejawat Iran, Ebrahim Raisi, menandatangani perjanjian bilateral untuk meningkatkan kerjasama, sambil mengecam genosid Israel terhadap Palestin.
Taufan Michaung menghapiri, India tutup sekolah dan pejabat
Taufan siklon Michaung dijangka mendarat di pantai negeri Andhra Pradesh di selatan India pada pagi Selasa, kata pejabat cuaca negara itu, dengan angin berkelajuan 56 hingga 64 batu per jam.
Britain naikkan gaji minimum pekerja asing, kurangkan migrasi
Britain merancang mengurangkan migrasi dengan menaikkan gaji minimum pekerja asing. PM Rishi Sunak bertindak menghadapi tekanan selepas rekod migrasi tinggi pada 2022.

Taufan Michaung menghampiri, India tutup sekolah dan pejabat
Taufan Siklon Michaun membawa angin berkelajuan 90 hingga 100 kilometer sejam dijangka mendarat di pantai negeri Andhra Pradesh.
PBB bimbang situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan keprihatinan terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, khususnya dalam hal penyebaran penyakit bawaan air.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Israel ancam pengeboman, arah penduduk Gaza berpindah dengan segara
Tentera Pertahanan Israel (IDF) dalam satu ciapan di platform X menyiarkan peta lokasi potensi serangan dan menyasarkan satu perempat bandar Khan Younis.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Perang kini sudah memasuki fasa baharu - Israel
Menurut jurucakap tentera Israel, Danial Hagari, Rejim Zinonis tekad untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas di seluruh Semenanjung Gaza demi mencapai matlamatnya.
#IsraelCuak
#IsraelCuak

EPL: Gary Neville dedah 'bosan' tonton perlawanan Manchester United
United mungkin hanya tewas dengan satu gol, namun lawan mereka menguasai permainan hampir sepanjang 90 minit.

Isu tenaga, bahan api fosil fokus COP28 pada Selasa
Pemerhati menilai dengan teliti kesungguhan UAE meletakkan agenda mengurangkan bahan api fosil dalam dokumen akhir COP28.

Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, larang lakukan perjalanan
Pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

PRK Kemaman: Kemenangan Pas bukan isyarat penolakan Kerajaan Perpaduan - Saifuddin
Saifuddin berkata Kemaman sememangnya sebelum ini disandang oleh calon Perikatan Nasional

'Selamat ulang tahun kelahiran buat nona tercinta' - Anwar titip ucapan buat Wan Azizah
Dr Wan Azizah yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-71 itu menerima ucapan istimewa menerusi hantaran di media sosial Perdana Menteri.

Pelaksanaan Identiti Digital Nasional berbeza dengan negara luar - Fahmi Fadzil
Pelaksanaan IDN masih di peringkat permulaan, dengan jangkaan pada Mac tahun depan proses pendaftaran akan lebih rancak.

PM Anwar, Kabinet lakukan kemajuan ketara - Penganalisis
Keupayaan Perdana Menteri bersama Kabinet Kerajaan Perpaduan dilihat membuat kemajuan ketara dalam berdepan cabaran negara serta di peringkat global.

Surat kepada MB Kedah jemput sertai lawatan ke Bukit Kayu Hitam, tidak sebut mesyuarat 'pre-council'
Jemputan dibuat adalah berdasarkan kesesuaian penglibatan Menteri Besar Kedah dalam program berkenaan.

Rombakan Kabinet mungkin sebelum 2024 - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh berkata rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan mungkin dibuat sebelum hujung tahun 2024.

Tiada perunding luar digunakan dalam perkhidmatan awam
Khidmat perunding luar tidak akan digunakan dalam perkhidmatan awam kecuali dalam keadaan kepakaran tertentu tidak dimiliki, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.

Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - Anwar
Dalam ceramah itu juga Anwar menegaskan kerajaan yang diterajuinya komited untuk menghapuskan kemiskinan tegar.

Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.