MALAYSIA
Struktur organisasi baharu sokong agenda peralihan tenaga, tingkat penyampaian - ST
ST memaklumkan penstrukturan semula organisasi merupakan komponen utama dalam agenda transformasi ST yang lebih luas. - Gambar fail/Facebook ST
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini mengumumkan pelan transformasi organisasi yang komprehensif bertujuan memperkukuh keberkesanan kawal selia serta meningkatkan perlindungan pengguna tenaga, dengan struktur baharu itu dijadual berkuat kuasa esok.
Ringkasan AI
ST dalam kenyataan hari ini memaklumkan transformasi berkenaan mencerminkan komitmen berterusan untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan pengguna tenaga dengan memastikan bekalan tenaga yang selamat, saksama dan bersih, selaras dengan mandatnya di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (Akta 610).
"Ia direka bagi menyelaraskan sumber, memperkukuh pengawasan kawal selia serta menambah baik penyampaian perkhidmatan, sejajar dengan perkembangan pesat sektor tenaga dan peningkatan kerumitan tanggungjawab kawal selia ST," menurut kenyataan itu.
ST memaklumkan di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Siti Safinah Salleh dan Pengerusi baharu Datuk Seri Asri Hamidon, struktur organisasi baharu itu akan merangkumi dua jawatan Timbalan CEO bagi menerajui fungsi teras kawal selia, selain seorang Pengarah Kanan yang menyelia pengurusan dan perkhidmatan korporat.
Menurut ST, Roslee Esman telah dilantik sebagai Timbalan CEO bagi Kawal Selia Teknikal dan Pematuhan, bertanggungjawab terhadap kawal selia teknikal dan keselamatan termasuk pembangunan piawaian, pelesenan dan pensijilan, serta pematuhan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan, kebolehpercayaan dan integriti sistem elektrik serta gas berpaip Malaysia.
Sementara itu, Dr Sanjayan Velautham akan berkhidmat sebagai Timbalan CEO bagi Ekonomi, Pasaran dan Perancangan yang bertanggungjawab terhadap kawal selia ekonomi dan pasaran termasuk pelaburan rangkaian, reka bentuk tarif dan perancangan tenaga jangka panjang, di samping menggalakkan pasaran tenaga yang cekap, mampan dan berdaya saing serta memajukan inisiatif peralihan tenaga utama.
ST turut mengumumkan pewujudan jawatan Pengarah Kanan bagi Pengurusan dan Perkhidmatan Korporat untuk memacu kecemerlangan organisasi melalui fungsi strategik korporat dan perkhidmatan sokongan, bertujuan membolehkan badan kawal selia yang lebih cekap dan berprestasi tinggi.
"Di bawah transformasi berkenaan, struktur organisasi sedia ada ST telah dipertingkatkan bagi memperkukuh tumpuan kawal selia, dengan pemisahan yang lebih jelas antara fungsi penggubalan dasar, penyampaian kawal selia dan penguatkuasaan," menurut kenyataan itu.
ST memaklumkan struktur baharu itu merangkumi sembilan bahagian teras, iaitu Bahagian Dasar dan Kawal Selia Teknikal yang dipimpin Zulkiflee Umar; Bahagian Perkhidmatan dan Prestasi Kawal Selia di bawah teraju Mohd Elmi Anas; Bahagian Pematuhan dan Penguatkuasaan (Ismail Zaili Yusop); serta Bahagian Kawal Selia Ekonomi dan Dasar Pengguna (Marlinda Mohd Rosli).
Bahagian-bahagian lain ialah Bahagian Kawal Selia Pasaran dan Perancangan (Rumaizi Abdul Halim), Bahagian Strategi dan Hal Ehwal Korporat (Nurhafiza Mohamed Hasan), Bahagian Perkhidmatan Korporat (Khairol Fahami Ismail), Bahagian Perundangan dan Kesetiausahaan (Khairul Nizam Mohd Kamal) dan Unit Khas Perolehan Kapasiti (Mohd Rizal Ramli).
ST memaklumkan penstrukturan semula organisasi merupakan komponen utama dalam agenda transformasi ST yang lebih luas, yang menyokong dasar tenaga negara dan pembaharuan kawal selia, termasuk Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta Dasar Tenaga Negara yang menyeluruh.
"Melalui struktur organisasi baharu ini, ST berhasrat menjadi badan kawal selia yang lebih cekap, bertanggungjawab dan berpandangan ke hadapan, mampu memacu sektor tenaga Malaysia di tengah landskap tenaga yang semakin kompleks dan berkembang," menurut kenyataan itu.
ST memaklumkan ia kekal komited untuk memastikan gangguan minimum terhadap perkhidmatan yang sensitif kepada masa sepanjang tempoh peralihan, terutamanya bagi permohonan pelesenan dan pensijilan.
Pihak berkepentingan yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi rspd@st.gov.my untuk mendapatkan bantuan lanjut mengenai perkara ini, manakala maklumat terperinci mengenai struktur organisasi baharu ST dan perjalanan transformasinya boleh diperoleh di laman sesawang ST di https://www.st.gov.my/eng/details/aboutus/15.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Suruhanjaya Tenaga (ST) mengumumkan pelan transformasi organisasi komprehensif untuk memperkukuh kawal selia tenaga dan meningkatkan perlindungan pengguna.
- Transformasi ini bertujuan menyelaraskan sumber, memperkukuh pengawasan, serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan ST seiring dengan perkembangan sektor tenaga.
- Struktur organisasi baharu ST akan merangkumi dua Timbalan CEO dan Pengarah Kanan bagi memastikan kawal selia teknikal, ekonomi, pasaran, dan perkhidmatan korporat berkesan.