awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Studio hasilkan animasi Dragon Ball, One Piece integrasikan AI dalam produksi

Amanz
Amanz
19/05/2025
08:30 MYT
Studio hasilkan animasi Dragon Ball, One Piece integrasikan AI dalam produksi
Penggunaan AI dilihat sebagai penyelesaian kepada isu beban kerja dan kekangan kos dalam industri animasi Jepun tanpa mengancam masa depan pekerja kreatif. -Amanz
TERDAPAT dua pendapat besar mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam tugasan harian.

Ringkasan AI
  • Terdapat dua pandangan utama terhadap penggunaan AI: syarikat seperti Meta dan Microsoft melihatnya sebagai alat produktiviti, manakala Studio Ghibli menganggapnya mencuri kreativiti.
  • Toei Animation mengambil pendekatan seimbang dengan menggunakan AI untuk membantu proses animasi seperti storyboard, latar belakang, bingkai pengantara, dan pembetulan warna tanpa menggantikan juruanimasi manusia.
  • Penggunaan AI dilihat sebagai penyelesaian kepada isu beban kerja dan kekangan kos dalam industri animasi Jepun tanpa mengancam masa depan pekerja kreatif.

Syarikat seperti Meta dan Microsoft melihat sebagai alatan yang perlu bagi meningkatkan produktiviti.
Tetapi Studio Ghibli pula melihat AI ialah alat yang mencuri kreativiti sehingga ingin menyaman mereka yang menggunakannya.
Toei Animation Company, studio yang menghasilkan siri animasi Dragon Ball, One Piece, Slam Dunk, Digimon, Sailor Moon dan banyak lagi mengambil jalan tengah dengan menggunakan AI bagi membantu proses animasi.
Dalam laporan kewangan terkini, Toei Animation mengumumkan pelaburan ke dalam syarikat AI Preferred Networks.
Teknologi AI akan digunakan bagi menjana storyboard, menghasilkan imej latar belakang, menghasilkan bingkai pengantara antara dua bingkai yang telah dihasilkan dan menghasilkan spesifikasi warna serta mengubahnya jika berlaku kesilapan.
Langkah diambil Toei Animation ini mirip dengan Studio Agbo milik Russo bersaudara. Ia tidak akan menggantikan juruanimasi manusia tetapi mengambil alih tugasan yang jatuh ke dalam kategori remeh.
Industri animasi Jepun mempunyai reputasi buruk mengerahkan juruanimasi bekerja lebih tanpa bayaran masa tambahan.
Kerana kekangan kos, masa dan tenaga kerja, sudah menjadi lumrah sesetengah episod dalam siri akan mengalami pengurangan kualiti yang mendadak.
Dalam hal ini penggunaan AI mungkin dalam menyelesaikan isu ini tanpa mengancam masa depan juruanimasi. -Amanz
Topic Berkaitan
#Toei Animation
#Dragon Ball
#One Piece
#Studio Ghibli
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan