awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skandal FAM: 'Perlu tahu pasukan mana juara kumpulan agar masuk balang undian ...' - Windsor
Lelaki tempatan maut ditembak di Klang
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami didakwa bunuh pensyarah UIAM

Bernama
Bernama
11/08/2020
05:36 MYT
Suami didakwa bunuh pensyarah UIAM
Mohd Hairil Izzuan A Samad, 41, didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang merupakan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada akhir Julai lepas. - Foto BERNAMA
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang merupakan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada akhir Julai lepas.
Tertuduh Mohd Hairil Izzuan A Samad, 41, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman, namun tiada pengakuan direkodkan.
Dia dituduh membunuh Maizatulnisa Othman, 40, di Tasik Cyber Valley Park, Jalan Persiaran Sepang, Cyberjaya, antara 11 pagi, 29 Julai dan 1.04 pagi, 30 Julai lepas.
Mohd Hairil Izzuan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Selepas fakta pertuduhan dibacakan, tertuduh yang memakai baju serba hitam meminta tempoh diberikan untuk melantik peguam.
Dia dituduh membunuh Maizatulnisa Othman, 40, di Tasik Cyber Valley Park, Jalan Persiaran Sepang, Cyberjaya, antara 11 pagi, 29 Julai dan 1.04 pagi, 30 Julai lepas. - Foto BERNAMA
Dia dituduh membunuh Maizatulnisa Othman, 40, di Tasik Cyber Valley Park, Jalan Persiaran Sepang, Cyberjaya, antara 11 pagi, 29 Julai dan 1.04 pagi, 30 Julai lepas. - Foto BERNAMA
Mahkamah menetapkan 14 Sept depan untuk sebutan semula kes. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya memaklumkan mahkamah bahawa keluarga tertuduh sudah dimaklumkan mengenai pertuduhan hari ini tetapi tiada ahli keluarganya yang hadir di mahkamah. Sebelum ini dilaporkan Maizatulniza, pensyarah UIAM ditemukan mati di dalam kereta berhampiran Tasik Cyber Valley Park, pada 30 Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh isteri
#jerut isteri
#kereta
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Maizatulnisa Othman
#Malaysia
#mati
#Mohd Hairil Izzuan A Samad
#pensyarah UIA
#Sepang
#Tasik Cyber Valley Park
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan