awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri bela 159 kucing dalam pangsapuri dihukum penjara

Sinar Harian
Sinar Harian
05/04/2024
01:00 MYT
Suami isteri bela 159 kucing dalam pangsapuri dihukum penjara
Pasangan Perancis tersebut turut dilarang secara kekal memelihara kucing dan anjing. - Foto agensi
PARIS: Seorang lelaki dan seorang wanita dari Perancis yang berkongsi pangsapuri mereka dengan hampir 160 ekor kucing dan tujuh ekor anjing, dihukum penjara selama setahun dan larangan kekal memelihara haiwan peliharaan.
Mahkamah Jenayah Nice memutuskan pasangan itu bersalah atas kesalahan pengabaian keadaan kesihatan haiwan berkenaan.
Pasangan itu juga diperintahkan membayar lebih 150,000 euro (RM768,233) sebagai ganti rugi kepada persatuan kebajikan haiwan.
Bagaimanapun, Mahkamah Jenayah Nice membuat keputusan menangguhkan hukuman penjara setahun ke atas pasangan berkenaan.
Menurut media tempatan, pasangan itu tinggal bersama sejumlah 159 ekor kucing dan tujuh ekor anjing di sebuah pangsapuri yang hanya berkeluasan 80 meter persegi di Nice.
Tahun lalu, pegawai polis bertindak selepas ada aduan daripada kejiranan yang mendapati puluhan haiwan mengalami dehidrasi, kekurangan zat makanan, diselaputi parasit dan luka di setiap bilik di rumah pasangan itu.
Di dalam bilik mandi, penyiasat juga menemukan bangkai dua kucing dan dua anak anjing. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#bela kucing
#pangsapuri
#haiwan
#pengabaian keadaan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan