awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri dicekup, 29 ketulan mampat dadah dirampas

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/10/2022
07:04 MYT
Suami isteri dicekup, 29 ketulan mampat dadah dirampas
Asisten Komisioner Tan Cheng San (tiga dari kiri) menunjukkan barangan rampasan termasuk merampas 29 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja seberat 30 kilogram bernilai RM75,000 pada sidang media, di IPD SPT, Bukit Mertajam, hari ini.
BUKIT MERTAJAM: Satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi pasangan suami isteri tumpas apabila mereka ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Malwira, di sini, Rabu lalu.
Serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) selepas polis menerima maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah.
Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, dalam serbuan sekitar puku 11 malam itu, polis turut merampas 29 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja seberat 30 kilogram (kg) bernilai RM75,000.
Kesemua dadah itu ditemui disorok dalam bungkusan guni di rumah tersebut sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.
“Ketika serbuan terdapat seorang lelaki warga tempatan bersama isterinya yang merupakan warga Thailand berada dalam rumah berkenaan.
"Pemeriksaan lanjut ke atas rumah yang didiami pasangan berusia 32 dan 36 tahun itu kemudiannya menemui 29 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja seberat 30 kg bernilai RM75,000,” kata Cheng San dalam sidang media IPD Seberang Perai Tengah, di sini, hari ini.
Menurut Cheng San, hasil soal siasat mendapati pasangan suami isteri itu mula aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak Mei tahun lalu.
“Ujian saringan air kencing ke atas mereka berdua mendapati kedua-duanya negatif dadah, namun salah seorang daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah,” katanya.
Cheng San berkata, selain dadah polis turut menyita sebuah kereta dan beberapa jenis barangan kemas dengan nilai sitaan berjumlah RM103,270.
Beliau berkata, pasangan berkenaan kini direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup sekiranya disabitkan kesalahan.
Menurutnya, dadah yang dirampas itu dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 60,000 penagih dadah.
Topic Berkaitan
#Dadah
#suami isteri dicekup
#29 ketulan mampat
#Bukit Mertajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan