awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
Lebih 200 terbunuh dalam serangan bermotif etnik di Darfur, Sudan
Retorik perkauman, antipendatang dorong doktor asing tinggalkan UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri dicekup edar dadah

Radhi Muslim
Radhi Muslim
24/02/2019
03:09 MYT
Suami isteri dicekup edar dadah
Dadah yang berjaya dirampas polis dalam serbuan itu. -Astro AWANI
Pasangan suami isteri dipercayai 'menceburi' aktiviti pengedaran dadah sejak dua tahun lalu diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Silam, pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 8 malam, wanita berusia 38 tahun dan suaminya 41 tahun diberkas bersama 13 paket dadah disyaki jenis syabu bernilai RM4,878.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata hasil makluman kegiatan pengedaran dadah, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi untuk menjalankan serbuan.
"Sebaik tiba, anggota polis menemui pasangan itu di bilik tertera tulisan nombor dua.
"Pasangan itu cuba merempuh polis yang berada di hadapan pintu bilik berkenaan untuk melarikan diri namun berjaya ditahan.
"Wanita itu yang pada awalnya menyembunyikan sesuatu di belakangnya akhirnya menyerahkan sebuah beg dompet berisi 13 paket jernih berisi hablur disyaki dadah," katanya dalam satu kenyataan media, pada Ahad.
Nasri berkata dadah berkenaan dianggarkan seberat 32.52 gram dan 10 gulung timah serta straw turut ditemui.
"Suami isteri itu dilaporkan sudah dua tahun menjadi pengedar dadah.
"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 39A (2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Kampung Silam
#Lahad Datu
#Nasri Mansor
#polis
#serbuan
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan