awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri dicekup SPRM buat tuntutan palsu kepada SESB

Bernama
Bernama
15/10/2024
12:46 MYT
Suami isteri dicekup SPRM buat tuntutan palsu kepada SESB
Suspek berusia antara 50 hingga 60-an itu masing-masing merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat swasta.
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pasangan suami isteri yang disyaki terbabit dalam tuntutan palsu kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melibatkan kontrak pembekalan minyak diesel bernilai lebih RM650,000 yang diperoleh pada 2013.
Menurut sumber, suspek berusia antara 50 hingga 60-an itu masing-masing merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Mereka disyaki telah membuat kira-kira 15 tuntutan palsu berkenaan pembekalan minyak diesel bagi kegunaan set janakuasa elektrik yang diperoleh oleh syarikat tempat mereka bekerja.
Namun menurut sumber, pembekalan minyak yang sebenar tidak sama seperti dalam tuntutan dibuat dan susulan itu kedua-dua suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah pada 10.55 pagi ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah Tawau pada Khamis ini bagi proses pertuduhan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tuntutan palsu
#SPRM
#siuami isteri
#SESB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan