awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/07/2022
05:23 MYT
Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan memiliki wang kertas RM100 palsu berjumlah RM5,300 pada 29 Jun lepas. - Gambar Astro AWANI
BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan memiliki wang kertas RM100 palsu berjumlah RM5,300 pada 29 Jun lepas.
Bagaimanapun, tertuduh Muammar Raid Abdul Malik, 33, dan Nadia Mohamed Hussain @ Brian Michael Lewis, 27, yang sedang hamil mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama memiliki 53 keping wang kertas palsu RM100 di mana mereka tahu bahawa wang tersebut adalah palsu.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik di MT 30 Mukim 8 Jalan Muthupalaniappan Sunway Wellesley, Bukit Mertajam, Pulau Pinang sekitar pukul 11. 30 malam pada 29 Jun 2022.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu semasa prosiding, Mohamad Syarafuddin memohon mahkamah menetapkan jaminan tinggi kerana kedua-dua tertuduh mempunyai rekod jenayah lampau.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu merayu dikenakan jaminan yang rendah atas alasan wanita itu sedang hamil dan tidak bekerja.
Muhammad Raid mendakwa dia hanya bekerja sebagai peniaga dan perlu menjaga ibu bapanya yang sudah uzur.
Majistret Mohd Harith kemudian membenarkan Muammar Raid dan Nadia diikat jamin RM6, 000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Selain itu, mereka juga diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta perlu melapor diri setiap dua minggu sekali kepada pegawai penyiasat kes.
Pendakwaan kes dikendalikan poegawai pendakwa polis, Mohamad Syarafuddin Mamat Moktar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes akan disebut semula pada 11 Ogos depan untuk serahan dokumen.
Topic Berkaitan
#wang palsu
#53 keping wang palsu
#suami isteri didakwa
#Mahkamah Majistret Bukit Mertajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan