SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan salah guna harta dan tiga pertuduhan pecah amanah wang syarikat milik mereka berjumlah RM220,000.
Tan Ching Peng, 60, dan isteri Tan Siew Moi, 57, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, mereka dituduh secara bersama menyalahgunakan harta atas nama Ching Peng iaitu wang daripada akaun OCBC Al-Amin milik syarikat Rekabina Construction Sdn Bhd berjumlah RM220,000.
Pasangan itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di OCBC Al-Amin, Kota Kemuning, Shah Alam pada 21 Dis 2020 hingga 30 Sept 2021.
Bagi tiga kes lagi, Ching Peng sebagai Ketua Operasi Syarikat Rekabina Construction Sdn Bhd dan isterinya sebagai penandatangan cek bagi akaun OCBC Al-Amin dituduh melakukan pecah amanah dengan membuat pengeluaran wang syarikat secara cek tunai berjumlah RM220,000.
Sementara itu, Siew Moi menghadapi enam lagi pertuduhan salah guna harta syarikat serta enam pertuduhan pecah amanah wang syarikat sama.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, wanita itu didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang milik syarikat berjumlah RM382,000.
Ibu kepada tiga anak itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di OCBC Al-Amin, Kota Kemuning, Shah Alam pada 3 Dis 2020 hingga 8 Okt 2021.
Siew Moi sebagai pengarah syarikat berkenaan dan penandatangan bersama cek bagi akaun OCBC Al-Amin atas nama syarikat itu juga didakwa atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah dengan membuat pengeluaran wang syarikat secara cek tunai atas nama tertuduh.
Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan sebatan serta denda, dan Seksyen 405 KK yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun serta sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Asmadi Hussin.
Mahkamah mengenakan jaminan RM30,000 kepada Chin Peng manakala RM80,000 terhadap isterinya dengan masing-masing seorang penjamin, selain perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan dan kes akan ditetapkan pada 16 Feb depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. - Foto BERNAMA

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Suami isteri didakwa salah guna, pecah amanah wang syarikat
Sepasang suami isteri berhadapan tiga pertuduhan salah guna harta dan tiga pertuduhan pecah amanah wang syarikat milik mereka berjumlah RM220,000.

Bebas atau bela diri? Keputusan kes Syed Saddiq diketahui esok
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid dijadualkan membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 9.30 pagi.