awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GADGETS
Cip Exynos 2500 dilancar secara rasmi
MALAYSIA
Tiada rakyat Malaysia terjejas di Qatar
SUKAN
Park Tae-su sertai PDRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Suami isteri disyaki dera bayi dua bulan direman tujuh hari

Bernama
Bernama
07/05/2025
04:45 MYT
Sponsor Banner
Suami isteri disyaki dera bayi dua bulan direman tujuh hari
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Foto Bernama
MELAKA: Ibu dan bapa kepada bayi lelaki berusia dua bulan disyaki didera di Sungai Petai, Alor Gajah semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ringkasan AI
  • Pasangan suami isteri berusia 22 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan bayi lelaki berusia dua bulan di Sungai Petai, Alor Gajah.
  • Pakar perubatan mengesan kecederaan baharu dan lama pada kepala bayi, menyebabkan laporan dibuat dan ibu bapanya ditahan oleh pihak polis.
  • Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, sementara bayi itu menerima rawatan selepas didakwa mengalami serangan sawan.

Perintah reman sehingga 13 Mei terhadap pasangan suami isteri berusia 22 tahun itu dikeluarkan Hakim Haderiah Siri di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pasangan yang juga penganggur itu ditahan sepasukan anggota polis pada 6.30 petang semalam di hadapan Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak Hospital Melaka.
Penahanan itu dibuat selepas pakar perubatan hospital yang memeriksa bayi berkenaan membuat laporan apabila mengesan kecederaan baharu dan lama dalam kepala mangsa.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata bayi berkenaan ditinggalkan ibunya di Hospital Melaka sebelum pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan cedera dipercayai akibat didera.
Bayi itu dibawa ke Hospital Alor Gajah selepas ibu mangsa mendakwa anaknya mengalami serangan sawan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dera bayi
#pasangan suami isteri direman
#Polis Melaka
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami