awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel
MALAYSIA
SMART jadi mentor SAR Rusia, satu penghormatan kepada negara - NADMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Suami isteri ditahan bantu siasatan kes dera anak kandung

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/06/2025
08:00 MYT
Suami isteri ditahan bantu siasatan kes dera anak kandung
Mangsa dipercayai didera sejak dua tahun lalu, dengan kejadian terbaharu melibatkan rotan dan kesan kecederaan pada pelbagai anggota badan. - Foto PDRM
ARAU: Polis mendapatkan perintah tahanan reman selama enam hari sehingga 25 Jun hadapan terhadap pasangan suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan di Arau.

Ringkasan AI
  • Pasangan suami isteri ditahan reman enam hari bagi siasatan kes penderaan fizikal terhadap anak perempuan mereka berusia 11 tahun di Arau, selepas aduan awam membawa kepada campur tangan JKM dan polis.
  • Mangsa dipercayai didera sejak dua tahun lalu, dengan kejadian terbaru melibatkan rotan dan kesan kecederaan pada pelbagai anggota badan, termasuk yang disyaki terkena air panas dan objek tumpul.
  • Mangsa kini berada dalam jagaan selamat JKM dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, dengan siasatan lanjut dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima maklumat sekitar jam 10.40 malam tadi daripada seorang pegawai pelindung dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis yang sebelum itu pergi ke sebuah rumah di Taman Desa Saujana, Arau.
“Pegawai berkenaan pergi ke sebuah rumah di Taman Desa Saujana, Arau Perlis selepas menerima aduan awam mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki telah didera secara fizikal oleh ibu kandungnya.
“Pihak JKM kemudian menyelamatkan kanak-kanak itu dengan ditempatkan di tempat selamat di Rumah Kanak-Kanak Arau Perlis dan satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.
“Dalam kes berkenaan, mangsa berusia 11 tahun adalah anak kandung kepada suspek berkenaan yang disyaki mengalami penderaan fizikal pada beberapa bahagian badan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, siasatan awal mendapati kanak-kanak yang bersekolah di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kangar itu tinggal bersama ibu dan bapa kandungnya itu di taman perumahan berkenaan.
Ahmad Mohsin berkata, penderaan disyaki dilakukan pasangan itu terhadap mangsa sejak dua tahun lalu.
Manakala, kejadian paling terbaharu adalah dilaporkan semalam sekitar jam 12.30 tengah hari apabila mangsa dipukul menggunakan sebatang rotan di bahagian belakang badannya oleh bapanya kerana dikatakan berkelakuan nakal.
“Siasatan lanjut polis mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala, badan, kaki dan tangan dan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan di hospital itu mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, bibir, dada, rusuk, belakang badan, lengan dan betis disyaki terkena objek tumpul dan air panas.
“Kecederaan yang dialami juga disahkan adalah kecederaan bahau dan lama dan mangsa dibawa ke Unit Pediatrik hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
“Kanak-kanak itu diserahkan kepada JKM Negeri Perlis menggunakan kuasa pelindung berdasarkan Seksyen 18 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Topic Berkaitan
#pasangan suami isteri direman
#dera anak kandung
#Polis Daerah Arau
#jkm perlis
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami