[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu Dijatuhkan Hukuman Penjara – Ikuti Perkembangan di Sini!
MALAYSIA

Suami isteri ditahan, dadah hampir RM3 juta dirampas

Abd Razak Mohd Ali 31/10/2025 | 03:10 MYT
Noor Hisam dan pegawai polis menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas dalam sidang media di IPK Perak, di Ipoh pada Jumaat.  - Astro AWANI
IPOH: Polis menahan sepasang suami isteri dan berjaya merampas sejumlah dadah bernilai hampir RM3 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Taiping pada Rabu.


Ringkasan AI
  • Sepasang suami isteri ditahan dalam serbuan di sebuah rumah teres di Taman Assamara, Taiping, dengan rampasan dadah disyaki jenis methapetamin bernilai RM2.8 juta.
  • Polis turut menyita bahan kimia, peralatan pemprosesan dan dua kenderaan, serta percaya sindiket pengedaran dadah itu aktif sejak Ogos dan menyasarkan pasaran luar Perak.
  • Suspek lelaki positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Pelucuthakan Harta 1988.


Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, bertindak atas maklumat risikan, kira-kira jam 5.15 petang, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun di tepi jalan kawasan pasar Pokok Assam kerama dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Menurutnya, hasil soal siasat, suspek telah membawa pasukan serbuan ke sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Assamara, Taiping

“Dari pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut telah berjaya menahan satu perempuan tempatan dalam lingkungan 26 tahun, dipercayai isteri kepada tangkapan pertama dan menjumpai serta merampas enam paket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki jenis methapetamin anggaran berat 5,063.7 gram, cecair disyaki mengandungi dadah angkaran berat 84.75 liter,” katanya dalam sidang media di IPK Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas peralatan dan bahan kimia yang dipercayai untuk digunakan bagi proses pembersihan semula dadah jenis methapethamine yang tidak berkualiti untuk dijual semula ke pasaran.

Menurutnya, nilai dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM2.8 juta dan boleh digunakan oleh lebih 51,000 penagih.

Polis percaya dadah yang dirampas adalah untuk diedarkan pagi pasaran di kawasan luar Perak dan sindiket itu disyaki mula aktif sejak Ogos lalu.

Noor Hisam berkata, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, dengan menyita dua buah kenderaan jenis Honda City dan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dianggarkan bernilai RM100,000.

Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methapetamin selain mempunyai dua rekod kesalahan lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pasangan suami isteri itu direman seminggu sehingga 5 November depan.







#Dadah #suami isteri #methapetamin #Noor Hisam Nordin