awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri ditahan miliki lebih 18 kg ganja

Bernama
Bernama
04/10/2017
09:50 MYT
Suami isteri ditahan miliki lebih 18 kg ganja
Pasangan suami isteri ditahan miliki dadah lebih 18 kg. - Gambar hiasan.
Sepasang suami isteri dipercayai mengedar dadah jenis ganja ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sinaran, Kempas, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata turut dirampas 19 ketul dadah jenis ganja dengan berat lebih 18 kilogram.
Beliau berkata kedua-dua suspek yang berusia 23 dan 21 tahun itu juga didapati bekerja sendiri.
"Dadah yang dirampas itu bernilai RM45,800 mengikut harga pasaran dan dipercayai boleh digunakan oleh seramai 9,484 penagih," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Taib berkata berdasarkan semakan, kedua-dua suspek didapati mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
Menerusi saringan awal, seorang daripadanya juga didapati positif dadah jenis ganja.
Kedua- dua suspek kini direman selama enam hari sehingga 9 Okt untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Johor Bahru
#Mohd Taib Ahmad
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan