awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2022
21:10 MYT
Suami isteri ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu
Pasangan terbabit disyaki telah memalsukan amaun bayaran elaun peserta program yang merupakan sebahagian daripada jumlah tuntutan bernilai RM176,800.
ALOR SETAR: Pasangan suami isteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kerana mengemukakan laporan yang mengandungi butiran palsu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada tahun 2020 dan 2021.
Pasangan berusia 32 dan 30 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah di Alor Setar, pagi Rabu.
Menurut sumber SPRM, kedua-dua individu berkenaan merupakan pemilik yang juga pengarah sebuah syarikat penternakan dan seorang ketua pegawai pentadbiran syarikat yang sama.
Menurutnya, butiran palsu berkenaan adalah berkaitan senarai peserta Program Mobiliti Tenaga Kerja di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang tidak menepati syarat-syarat seperti perjanjian yang telah ditandatangani.
Menurut sumber itu lagi, pasangan terbabit disyaki telah memalsukan amaun bayaran elaun peserta program yang merupakan sebahagian daripada jumlah tuntutan bernilai RM176,800.
"Kedua-dua mereka akan dirakam pernyataan dan dilepaskan dengan jaminan SPRM," kata sumber itu lagi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua pasangan suami isteri itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#tuntutan palsu
#SPRM
#MAFI
#elaun peserta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan