awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri lapor polis siasat kematian bayi angkat

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2021
21:57 MYT
Suami isteri lapor polis siasat kematian bayi angkat
Mohd Nizam (kiri) dan isterinya menunjukkan laporan polis serta gambar bayi angkatnya yang dipercayai mati didera di rumahnya di Taman Gunung Selatan, Kluang pada Ahad. -Foto Sinar Harian
KLUANG: Sepasang suami isteri di Taman Gunung Selatan di sini membuat laporan polis selepas mendakwa bayi angkat mereka yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada 28 Mac lalu dipercayai akibat didera.
Mohd Nizam Jamaludin, 33, berkata, bayi angkatnya itu dirujuk di HSA oleh doktor di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini apabila terdapat kesan lebam di bahagian dahi, pipi dan tangan kanan selain terdapat pendarahan dalam kepala.
Menurutnya, beliau mula menjaga bayi berkenaan bermula Oktober hingga ke Januari lalu ketika berusia dua bulan sebelum diserahkan kepada bapa kandungnya empat bulan selepas itu.
“Bapa kandungnya memberi alasan datuk bayi tersebut mahu melihat cucunya itu namun pada 11 pagi 24 Mac lalu, saya mendapat panggilan daripada ayah kandung bayi berkenaan memberitahu bayi tersebut sudah koma di HSA kerana terjatuh dari sofa.
“Saya curiga dengan alasan diberikan kerana laporan doktor memberitahu bayi berkenaan disyaki didera,” katanya ketika ditemui di rumahnya pada Ahad.
Mohd Nizam berkata, selepas diselidiki, bayi tersebut rupanya diserahkan kepada sebuah keluarga lain di sekitar pusat bandar Kluang.
“Saya tidak pasti apa motif keluarga berkenaan mahu menjaga bayi tersebut sedangkan suami dan isteri berkenaan tidak bekerja serta mempunyai anak yang masih kecil.
“Baru-baru ini saya terserempak dengan isteri keluarga berkenaan yang bertindak memarahi saya kerana masuk campur dalam kes kematian bayi angkat saya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera.
“Kami jaga bayi angkat kami dengan sepenuh kasih sayang dan anggapnya seperti anak sendiri. Kami reda dengan kejadian ini. Alhamdulillah dapat menumpang kasih dengannya selama empat bulan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, pihaknya akan memberikan kenyataan akhbar mengenai kes berkenaan dalam masa terdekat.
Berita asal: Suami isteri lapor polis siasat kematian bayi angkat
Topic Berkaitan
#bayi angkat
#meninggal dunia
#Taman Gunung Selatan
#Hospital Sultanah Aminah
#HSA
#Mohd Nizam Jamaludin
#Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan