MALAYSIA
Suami isteri maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Seremban-PD
Mangsa yang masing-masing berumur 65 dan 67 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Kilometer 11.5 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), di sini malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khalid Dollah berkata dalam kejadian 8.52 malam itu, mangsa yang masing-masing berumur 65 dan 67 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
"Kejadian melibatkan motosikal jenis Honda ADV 350 dinaiki kedua-dua mangsa dan tiga kenderaan lain, iaitu Toyota Wish, Nissan Vanette dan Proton Perdana.
"Dua lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an yang menaiki Toyota Wish cedera ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan manakala pemandu Proton Perdana dan Nissan Vanette tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.
-- BERNAMA