MALAYSIA
Suami isteri maut nahas babit tiga kenderaan di Gerik
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua motosikal di KM96.4 Jalan Kuala Kangsar-Pengkalan Hulu, Gerik hari ini. - Foto Sinar Harian
IPOH: Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua motosikal di KM96.4 Jalan Kuala Kangsar-Pengkalan Hulu, Gerik hari ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan lelaki berusia 38 tahun dan isterinya berusia 33 tahun itu pada 2.45 petang.
Beliau berkata siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha XMAX dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun.
"Akibat pelanggaran itu, sebuah lagi motosikal Yamaha XMAX ditunggang seorang lelaki bersama pembonceng wanita yang berada di belakang motosikal pertama, tidak sempat mengelak lalu terbabas ke dalam longkang di bahu jalan," katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Samad berkata impak daripada perlanggaran berkenaan menyebabkan pasangan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Gerik.
Beliau berkata pemandu Toyota Hilux cedera pada tangan kanan, penunggang motosikal kedua pula mengalami patah tulang bahu kanan manakala pemboncengnya patah tulang paha kiri, dengan kesemuanya dirawat di hospital sama.
Kemalangan itu sedang disiasat lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebuah kemalangan berlaku di KM96.4 Jalan Kuala Kangsar-Pengkalan Hulu, Gerik, mengorbankan sepasang suami isteri yang maut serta tiga individu cedera, melibatkan kenderaan pacuan empat roda dan dua motosikal.
- Siasatan awal menunjukkan motosikal Yamaha XMAX dipercayai memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan Toyota Hilux, menyebabkan motosikal kedua terbabas ke dalam longkang.
- Pasangan suami isteri yang maut di tempat kejadian telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Gerik, manakala pemandu Toyota Hilux dan penunggang motosikal kedua yang cedera sedang dirawat di hospital, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.