awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut, tiga anak cedera dalam kemalangan di Pekan

Bernama
Bernama
18/06/2025
01:40 MYT
Suami isteri maut, tiga anak cedera dalam kemalangan di Pekan
Keadaan kereta Proton Wira dinaiki lima sekeluarga yang remuk selepas terbabit kemalangan dengan lori di Batu 8, Lepar, Pekan, Pahang pada Selasa.
KUANTAN: Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Batu 8, Lepar, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira 10 malam itu melibatkan kereta Proton Wira dinaiki lima sekeluarga dengan lori jenis Mitsubishi Fuso milik syarikat Golden Green Farm.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Jamal Azizul Samat, 44, dari arah Kuantan menghala ke Segamat dipercayai hilang kawalan semasa memotong sebuah kenderaan lain sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat kemalangan terbabit, mangsa Jamal Azizul dan isterinya Lizawati Abdullah, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, mayat mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan.
Mohd Zaidi berkata, tiga anak mereka berusia enam hingga 17 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala, muka dan perut, serta telah dihantar ke HTAA untuk rawatan lanjut.
"Pemandu lori Logesvaran Kandan, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan manakala dua kelindan lori, masing-masing berumur 24 dan 37 tahun, cedera ringan," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#suami isteri maut
#tiga anak cedera
#Pekan Pahang
#hilang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami