Suami isteri mengaku bersalah gagal maklum kematian bayi perempuan

Adie Sufian Zulkefli
November 19, 2017 14:22 MYT
Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan gagal memaklumkan berkenaan kematian bayi perempuan mereka kepada pendaftar kelahiran dan kematian bulan lalu. -Gambar hiasan
Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan gagal memaklumkan berkenaan kematian bayi perempuan mereka kepada pendaftar kelahiran dan kematian bulan lalu.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Firdaus Mohammad, 36, dan isterinya Siti Mariam Mat Saad, 23, seorang warga Indonesia dituduh gagal memberi maklumat kepada pendaftar berhubung butir-butir yang dikehendaki didaftarkan berkenaan kematian bayi perempuan yang tidak bernama berusia 14 hari itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Kampung Ulu, Kuala Kedah, pada 12 Oktober lalu, kira-kira jam 5 petang.
Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum denda hingga RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
#kematian bayi perempuan #Mahkamah Majistret Alor Setar #Mohd Firdaus Mohammad #Siti Mariam Mat Saad #Tanah Perkuburan Islam Kariah Kampung Ulu