Suami isteri warga Indonesia mengaku aniaya kanak-kanak tiga tahun hingga meninggal dunia

Timbalan Pendakwa Raya S Vitthiyeswary tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana mereka juga sedang ditahan atas kesalahan berkaitan Akta Imigresen 1959/63. - Astro AWANI
IPOH: Sepasang suami isteri warganegara Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga meninggal dunia, bulan lalu.
Ringkasan AI
- Siswadi dan Nurhayati mengaku bersalah atas tuduhan mendera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga meninggal dunia di Kampung Sadang Blanja, Perak.
- Mereka berdepan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun, selepas didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
- Mahkamah tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh turut ditahan atas kesalahan imigresen; tarikh jatuh hukuman ditetapkan pada 17 November dengan kehadiran juru bahasa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sadang Blanja, dalam Daerah Perak tengah, kira-kira jam 10 pagi, 22 September 2025.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan menulis surat kepada pihak Kedutaan Indonesia untuk memaklumkan bahawa dua rakyat negara itu didakwa di mahkamah.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 November depan sebagai tarikh jatuh hukuman dan kehadiran juru bahasa.
Timbalan Pendakwa Raya S Vitthiyeswary tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana mereka juga sedang ditahan atas kesalahan berkaitan Akta Imigresen 1959/63.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami