NATIONAL
Suami Pamela Ling boleh dipanggil bila-bila masa untuk siasatan

Rusdi berkata, walaupun dibebaskan, polis masih boleh memanggilnya semula bila-bila masa untuk dirakam keterangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suami Datin Seri Pamela Ling yang dibebaskan dengan jaminan pada Khamis lalu selepas ditahan sebelum ini boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
Ringkasan AI
- Suami Pamela Ling ditahan polis pada awal pagi di kediamannya di Kuala Lumpur untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan, berkaitan kes kehilangan isterinya.
- Dia dibebaskan dengan jaminan polis selepas 24 jam, kerana permohonan reman ditolak. Walaupun dibebaskan, polis masih boleh memanggilnya semula bila-bila masa untuk dirakam keterangan.
- Pamela dilaporkan hilang pada 9 April selepas menaiki kenderaan e-hailing dari rumahnya di Cheras ke pejabat SPRM di Putrajaya, dan siasatan masih diteruskan.
"Lelaki itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas 24 jam ditahan, selepas soal siasat dijalankan. Walaupun ia tidak dilakukan sepenuhnya kerana permohonan reman yang dibuat telah ditolak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat PPR Bestari di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Rusdi berkata, pihaknya boleh memanggil mana-mana individu pada bila-bila masa untuk dirakam keterangan, termasuk suami Pamela.
“Kemungkinan (akan dipanggil)... Tidak ada had masa. Kami belum panggil dia sebagai suspek, tetapi bila-bila masa boleh dipanggil jika ada perkara baharu,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa pihak polis menahan suami Datin Seri Pamela Ling Yueh di sekitar ibu kota pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wanita berkenaan pada 9 April lalu.
Rusdi memaklumkan bahawa permohonan reman terhadap suspek dibuat di Putrajaya, namun permohonan tersebut telah ditolak.
Sinar Harian juga sebelum ini melaporkan bahawa Pamela dilaporkan hilang pada 9 April selepas menaiki sebuah kenderaan e-hailing dari kediamannya di Cheras menuju ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami