awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami penagih belasah isteri hamil

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2013
05:58 MYT
Suami penagih belasah isteri hamil
Mangsa, Siti Suhaila Alias menunjukkan batang kayu dan alat pemecah ais yang digunakan suami untuk memukul dirinya.
Seorang isteri hidup dalam trauma akibat dipukul dan didera suaminya sejak setahun lalu apabila dia turut dikurung di dalam rumah dan tidak dibenarkan menemui sesiapa selepas berkahwin.
Menurut mangsa, Siti Suhaila Alias, 28, dari Bukit Payung, Marang, Terengganu , dia yang hamil lima bulan terus menjadi mangsa deraan suami dan telah berlarutan sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 namun perkara itu dirahsiakan.
Ujarnya lagi, dia sering dibelasah suaminya yang tidak bekerja dan menagih dadah dengan menggunakan batang kayu dan alat pemecah ais serta ditendang di perut serta ditumbuk setiap kali berlaku pertengkaran.
Mangsa yang mengalami cedera di tangan, muka dan belakang membuat laporan polis pada Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah K. Monaharan mengesahkan suspek kini ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Topic Berkaitan
#belasah
#isteri
#isteri hamil
#penagih
#suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan