awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
Tiada arahan henti pembinaan menara telekomunikasi di Taman Jus Permai - Exco
Enam ikan paus mati terdampar di pantai terpencil New Zealand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami pengasuh dipenjara 30 tahun dan 13 sebatan kerana liwat, bunuh bayi sembilan bulan

Bernama
Bernama
24/11/2025
23:00 MYT
Suami pengasuh dipenjara 30 tahun dan 13 sebatan kerana liwat, bunuh bayi sembilan bulan
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh dan meliwat seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang merupakan anak asuhan isterinya, empat tahun lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh dan meliwat seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang merupakan anak asuhan isterinya, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamed Badruldin Mohamed, 40, selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah pada Jumaat lepas.
Hasil laporan bedah siasat mendapati bahawa punca kematian adalah 'smothering' atau melemaskan malah sampel asid deoksiribonukleik (DNA) juga mengesahkan terdapat ekstrak sel sperma milik tertuduh pada dubur dan rektum si mati.
Mohamed Badruldin didakwa membunuh bayi berkenaan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang, di sini, antara 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan bagi kesalahan membunuh dan penjara 10 tahun serta satu sebatan atas pertuduhan meliwat.
"Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 29 April 2021," kata Hakim Aslam.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim manakala peguam Azizul Shariman mewakili tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami pengasuh
#penjara 30 tahun
#13 sebatan
#liwat bayi
#bayi sembilan bulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan