PETALING JAYA:Seorang pemandu forklift ditahan reman tujuh hari bermula hari ini kerana dipercayai melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, di Desa Mentari, di sini pada 3 Oktober lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, ketika kanak-kanak itu berada seorang diri di rumahnya, suspek yang juga suami kepada pengasuh mangsa dikatakan memasuki rumah tersebut atas alasan untuk memulangkan pelitup mukanya.
"Ketika berada di rumah, suspek memanggil mangsa untuk duduk disebelahnya dan bertindak mencabul badan mangsa.
"Tindakan mangsa kemudian menjerit berkali-kali menyebabkan suspek bertindak melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Ku Mashariman, sejurus itu, mangsa menghubungi ibu saudaranya dan menceritakan mengenai kejadian itu.
Beliau berkata, ketika ibu saudara mangsa dan suaminya pulang dari kerja pada Jumaat, mereka terserempak dengan suspek berhampiran blok kediaman mangsa.
"Apabila menyedari namanya dipanggil, suspek cuba melarikan diri yang akhirnya menyebabkan berlaku pergelutan sebelum lelaki itu dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya," katanya.
Beliau memberitahu, lelaki berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSK) 2017.
Jika disabit bersalah, katanya, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat.
Umavathi Ramayah
Sat Nov 21 2020

Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek yang juga suami kepada pengasuh mangsa memasuki rumah tersebut atas alasan untuk memulangkan pelitup mukanya. - Gambar hiasan

Lebih ramai majikan beku pengambilan pekerja pada 2021
Pengambilan pekerja akan lebih tertumpu kepada bidang seperti strategi perniagaan, pendigitalan, penjagaan kesihatan dan tenaga diperbaharui

AWANI Ringkas: Faktor turun naik Indeks Persepsi Rasuah | FB catat untung semasa penularan COVID-19

Awas, Sindrom Terowong Carpal serang saraf median tangan!
Individu yang sering menaip menggunakan laptop dan gajet dalam kerja seharian, terdedah kepada risiko mendapat Sindrom Terowong Carpal (CTS). Ikuti saranan Pakar Ortopedik mengenai penyakit ini.

COVID-19: Azizan Osman, 31 ahli keluarga positif, ibu mertua meninggal dunia
Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya positif COVID-19 manakala ibu mertuanya meninggal dunia akibat pandemik itu.

Awas, Sindrom Terowong Carpal serang saraf median tangan!
Individu yang sering menaip menggunakan laptop dan gajet dalam kerja seharian, terdedah kepada risiko mendapat Sindrom Terowong Carpal (CTS).

Rasuah | Jangkaan indeks persepsi rasuah 2020
Ketika negara berdepan isu politik, pertukaran kerajaan, isu kesihatan dan ekonomi, adakah indeks persepsi ini akan terus dapat kita pertingkatkan? Dan untuk bercakap mengenai perkara ini kita akan bersama, Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar

Macau Scam: Wanita rugi lebih RM125,000 ditipu penyamar LHDN, polis
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar kerugian yang dialami mangsa adalah yang tertinggi direkodkan setakat ini di Kontinjen Kedah.

Ayah M. Nasir meninggal dunia di Singapura
Allahyarham Mohamed Sam meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya sekitar pukul 7.30 pagi ini.

'Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman
Lagu dalam bahasa Kelabit, 'Meno', menjadi buah tangan terbaharu gadis berbakat kelahiran Bumi Kenyalang ini buat peminatnya.

'Modal RM600,000, jual balik RM20,000'
Setakat ini, lebih 30 gimnasium sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup di mana kebanyakan peralatan dilonggokkan di sebuah gudang di Seri Kembangan, Selangor.

Lelaki dituduh lakukan jenayah seksual ketika 'merawat' pesakit
Tertuduh didakwa melakukan perhubungan seksual terhadap mangsa wanita berusia 28 tahun tanpa kerelaannya di sebuah rumah.

Penderaan seksual: Emmanuel Macron ikrar ketatkan undang-undang
Macron memberi jaminan itu selepas kerajaannya berikrar untuk memperketatkan undang-undang rogol terhadap kanak-kanak.

Guru agama dipenjara lakukan amang seksual terhadap terhadap budak perempuan 11 tahun
Seorang guru agama dihukum penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Bapa mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap dua anak
Tertuduh yang berusia 42 tahun membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Pengetua madrasah didakwa lagi, kali ini berdepan 8 pertuduhan jenayah seksual
Tertuduh Syamsul Zaman Sukri, 32 dituduh melakukan jenayah seksual ke atas dua kanak-kanak lelaki pada November 2017 hingga Oktober lepas.

Guru madrasah didakwa lakukan kelucahan dan amang seksual terhadap bekas pelajar
Seorang guru madrasah mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan perbuatan lucah dan amang seksual terhadap bekas pelajarnya dua tahun lalu.

Datuk cabul cucu tiri dipenjara 8 tahun, 4 sebatan
Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 59 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Penderaan kanak-kanak: Lebih 35 peratus laporan libatkan seksual
Lebih 35 peratus daripada kes penderaan kanak-kanak Malaysia yang dilaporkan bagi tahun ini melibatkan jenayah seksual.

Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan pendakwah selebriti pada penghujung bulan ini bagi berbincang kaedah menjaga imej golongan agamawan dan Islam.

Mangsa terperdaya dengan gaya, cara bercakap pendakwah selebriti yang direman - Polis
Semua laporan terbabit diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Petaling Jaya.