Suarakan pendapat mengenai cuti paterniti 7 hari - Hannah Yeoh

Bernama
November 15, 2019 11:40 MYT
Hannah Yeoh ketika sidang media selepas sesi dialog bersama ahli-ahli Majlis Wanita Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini. - Foto BERNAMA
Mereka yang ingin mendapatkan cuti paterniti tujuh hari daripada sektor swasta perlu terus mengutarakan pendapat mereka mengenai isu berkenaan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
Beliau berkata biarpun cuti paterniti selama tiga hari untuk sektor swasta telah dicadangkan, ada yang berpandangan ia tidak cukup.
Pada 20 Jun lalu, Kementerian Sumber Manusia bercadang memperkenalkan cuti paterniti selama tiga hari kepada golongan bapa yang bekerja di sektor swasta melalui pindaan Akta Kerja 1955.
Perbahasan mengenai cuti ini masih berterusan. Jadi saya menggesa mereka yang memperjuangkan isu ini untuk mengetengahkan pandangan mereka," katanya kepada hadirin yang kebanyakannya golongan ibu bapa di sambutan Ulang Tahun Ke-10, Kumpulan Sunfert , di sini hari ini.
Yeoh berkata sektor swasta, sebagai contoh mungkin menentang idea ini.
"Jadi, jika anda mahu suara anda didengari kerana jika anda mahu menyaksikan perubahan ini untuk keluarga muda, perkara ini perlu dilihat," katanya.
Dilaporkan Kementerian Sumber Manusia berharap untuk mencadangkan pelaksanaan cuti paterniti tujuh hari untuk sektor swasta ke kabinet pada akhir tahun ini.
-- BERNAMA
#Akta Kerja 1955 #cuti paterniti #Hannah Yeoh #Kementerian Sumber Manusia #sektor swasta