KUALA LUMPUR: Peningkatan kos sara hidup sememangnya diketahui menjadi kebimbangan utama dalam kalangan rakyat Malaysia.
Harga barangan keperluan dan kemudahan asas memerlukan langkah proaktif daripada kerajaan bagi memastikan ia mampu dinikmati semua lapisan rakyat.
Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI.
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Pantau Harga: Kos apa yang meresahkan anda?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Ahad.
Daripada 1,913 responden yang mengikuti kaji selidik #suaramalaysia ini, didapati 85 peratus responden menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi mereka.
Sebanyak 12 peratus memilih perubatan, manakala baki tiga peratus risau dengan kos pengangkutan.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" pasca PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Astro Awani
Sun Jan 15 2023
Didapati 85 peratus responden menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi mereka. - Gambar hiasan
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sesi kaunseling kepada keluarga mangsa libatkan KWKM dan KPM
Datuk Seri Nancy Shukru menjelaskan sesi kaunseling melibatkan anak mangsa nahas helikopter di Lumut akan mellibatkan Kementerian Wanita dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
PM arah menteri turun padang tinjau harga, kuantiti barang menjelang Aidilfitri - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua menteri agar turun padang untuk melihat sendiri keadaan semasa termasuk isu berkaitan harga dan kuantiti barang keperluan di pasaran.
Bekalan cukup pengaruhi kestabilan harga - Armizan Ali
Pelbagai elemen diambil kira dalam menentukan harga barangan termasuk ketersediaan bekalan di pasaran yang akan mempengaruhi kestabilan harga.
Kadar baharu SST: Peniaga berperanan tentukan harga - Pakar
Pemerhatian mendapati ada peningkatan harga namun tidak melibatkan semua jenis barang.
Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penjimatan itu melibatkan kira-kira 11.6 juta rakyat yang berbelanja di jualan tersebut.
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Kerjasama semua pihak perlu untuk capai sifar kemiskinan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyeru semua pihak agar bekerjasama dalam memobilisasi usaha bagi memastikan kemiskinan benar-benar dapat disifarkan dan tidak dibebankan ke atas kerajaan.
Jawatankuasa khas fokus seragam harga barang di Sabah, Sarawak, Labuan
KPDN akan menjadi urus setia bagi jawatankuasa khas itu yang turut melibatkan kementerian lain serta wakil daripada kerajaan Sarawak, Sabah dan Perbadanan Labuan.
Belanjawan 2024: RM200 juta bagi inisiatif Payung Rahmah cerminkan usaha kerajaan bantu rakyat
Inisiatif Payung Rahmah amat membantu masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah.
Harga barang: Setiap hari 2,200 penguatkuasa KPDN lakukan pemantauan - Fuziah
Seramai 900 pegawai pemantau harga juga ditempatkan di seluruh negara bagi memantau harga barangan asas.
Suara Malaysia Belanjawan 2024: Apa kos sara hidup perlu jadi tumpuan?
Kami di Astro AWANI ingin mendapatkan pandangan anda melalui pelbagai soalan berkait kehendak serta keperluan rakyat Malaysia.