awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SuaraMalaysia: 86 peratus bimbang kos barang makanan

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2023
12:41 MYT
#SuaraMalaysia: 86 peratus bimbang kos barang makanan
Didapati 86 peratus responden menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi mereka. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Peningkatan kos sara hidup sememangnya diketahui menjadi kebimbangan utama dalam kalangan rakyat Malaysia.
Harga barangan keperluan dan kemudahan asas memerlukan langkah proaktif daripada kerajaan bagi memastikan ia mampu dinikmati semua lapisan rakyat.
Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI.
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Pantau Harga: Kos apa yang meresahkan anda?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Khamis.
Daripada 1,304 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 86 peratus responden menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi mereka.
Sebanyak 11 peratus memilih perubatan, manakala baki tiga peratus risau dengan kos pengangkutan.
Keputusan Suara Malaysia hari ini
Keputusan Suara Malaysia hari ini
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" pasca PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#ekonomi
#harga
#makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan