#SuaraMalaysia: 86 peratus responden resah kenaikan harga makanan

Faida Rahim
Januari 9, 2023 22:50 MYT
Bebanan kos sara hidup dan cara kerajaan menanganinya antara topik utama yang sering dibincangkan rakyat pada masa kini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bebanan kos sara hidup dan cara kerajaan menanganinya antara topik utama yang sering dibincangkan rakyat pada masa kini.
Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah, Khairuddin Hamzah berkata peningkatan harga di kantin sekolah berlaku bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat, selain beberapa bahan asas yang menyaksikan peningkatan mendadak.
Menerusi undian Suara Malaysia di Astro AWANI sehingga jam 6.34 petang tadi, daripada keseluruhan 651 responden, 86 peratus atau 560 resah dengan kenaikan harga makanan, 11 peratus atau 72 responden resah dengan kenaikan harga kos perubatan, manakala tiga peratus atau 19 responden lagi resah dengan kos pengangkutan.
Hari ini (10 Januari 2023), Astro AWANI mengajukan soalan kepada netizen bertanyakan soalan mengenai 'Pantau Harga: Kos apa yang meresahkan anda?'.
Kami menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu dan kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi di Astro AWANI.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
#kos makanan #kos sara hidup #harga makanan naik #Khairuddin Hamzah