MALAYSIA

#SuaraMalaysia: Astro AWANI mahu pandangan anda menjelang Belanjawan 2026

Astro Awani 21/09/2025 | 07:00 MYT
Terdapat 10 soalan yang diterbitkan secara berkala untuk orang ramai menjawab dan berkongsi pandangan menerusi inisiatif #SuaraAndaSuaraMalaysia
KUALA LUMPUR: Astro AWANI membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk bersuara dan berkongsi pandangan menjelang pembentangan Belanjawan 2026.


Ringkasan AI
  • Astro AWANI lancar inisiatif #SuaraAndaSuaraMalaysia untuk rakyat berkongsi pandangan menjelang Belanjawan 2026 melalui kuiz berkaitan isu ekonomi dan sosial.
  • Soalan kuiz dikemas kini setiap dua hari hingga 9 Oktober, dan pandangan rakyat akan digunakan dalam laporan berita serta perbincangan bersama pakar.
  • Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober; rakyat diajak sertai wacana nasional dan bantu bentuk masa depan Malaysia.


Menerusi inisiatif #SuaraAndaSuaraMalaysia, orang ramai dijemput menyertai kuiz khas yang mengandungi soalan penting berkaitan isu kos sara hidup, subsidi, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, cukai, serta hala tuju ekonomi negara.

Soalan baharu akan dikemas kini setiap dua hari, sehinggalah menjelang sehari sebelum Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober nanti.

Pandangan anda akan membantu mencerminkan denyut nadi rakyat, sekali gus memberi gambaran tentang harapan dan keutamaan masyarakat terhadap dasar fiskal negara.

Layari undi.astroawani.com untuk menjawab soalan-soalan tersebut hingga 9 Oktober 2025.

Astro AWANI akan mengangkat suara anda dalam ruang perbincangan bersama pakar, dan di dalam laporan berita setiap hari.

Suara anda penting dalam membentuk masa depan Malaysia.

Sertai sekarang dan jadilah sebahagian daripada wacana nasional menjelang Belanjawan 2026.





#Belanjawan 2026 #Suara Anda Suara Malaysia #kuiz pra-belanjawan #pandangan rakyat