Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di sini.
MALAYSIA

Suasana hiba di hospital, jenazah Bung Moktar akan dibawa ke kediamannya di Damai

Sinar Harian 04/12/2025 | 20:00 MYT
Jafry (dua, kiri) dan Suhaimi turut berada di pekarangan Hospital Gleneagles selepas menerima berita pemergian Allahyarham Bung Moktar. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Suasana hiba di sekitar pekarangan Hospital Gleneagles, di sini, selepas Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia sebentar tadi.

Kelihatan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir dan Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin turut berada di lokasi.

Difahamkan, jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan itu akan dibawa ke kediamannya di Damai.

"Jenazah kini sedang menunggu untuk dibawa ke rumahnya," kata kedua-dua pemimpin tersebut.

Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2025, jam 1.46 pagi ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru. - Sinar Harian







#Bung Moktar Radin #meninggal dunia #Kota Kinabalu #UMNO Sabah #Bung Moktar meninggal dunia