MALAYSIA

Suasana hotel di Kuala Lumpur cemas selepas alat pengudaraan terbakar

Bernama 30/10/2025 | 06:40 MYT
JBPM Kuala Lumpur memaklumkan bomba menerima panggilan kecemasan kejadian pada 10.21 pagi, melibatkan restoran makanan Jepun di tingkat dua. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suasana cemas berlaku di sebuah hotel terkenal di sini, apabila alat pengudaraan di restoran premis tersebut terbakar, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan bomba menerima panggilan kecemasan kejadian pada 10.21 pagi, melibatkan restoran makanan Jepun di tingkat dua.

"Kejadian melibatkan alat pengudaraan berkeluasan 5x5 kaki persegi yang terbakar 25 peratus.

"Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan," menurut kenyataan itu.

Operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan kebakaran dipadamkan pada 11.15 pagi.

-- BERNAMA

#hotel terbakar #Kuala Lumpur #alat pengudaraan terbakar #restoran terbakar