MALAYSIA
Suasana Pantai Klebang seperti pesta, orang ramai kutip kerang
Orang ramai dilihat meredah selut ketika air surut untuk mencari kerang dengan membawa peralatan bersesuaian dan pulang dengan hasil yang banyak. - Gambar/ Bernama
MELAKA: Suasana Pantai Klebang di sini, umpama pesta dengan kehadiran orang ramai untuk mengutip kerang selepas video menunjukkan hasil laut tersebut banyak terdapat di situ, tular di media sosial sejak awal minggu ini.
Ringkasan AI
Mereka yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dilihat meredah selut ketika air surut untuk mencari kerang dengan membawa peralatan bersesuaian dan pulang dengan hasil yang banyak.
Turut mengambil peluang mengutip kerang ialah Roszana Johari, 29, dari Kampung Sungai Putat, Batu Berendam di sini, yang telah dua hari datang ke Pantai Klebang selepas mengetahui "fenomena kerang" melalui media sosial.
"Saya tidak mahu melepaskan peluang untuk turut sama kerana harga kerang agak mahal sekarang. Kerang ini untuk dimakan sendiri dan isinya padat. Jadi sepanjang minggu boleh dibuat pelbagai masakan seperti sambal dan rendang," katanya kepada Bernama.
Wanita itu berkata dapat mengutip lebih dua kilogram kerang hanya dengan menggunakan tangan dan tangguk.
Salimah Taib, 44, dari Tanjung Minyak berkata sudah tiga hari mengutip kerang bersama ahli keluarga dan hasilnya tidak mengecewakan.
"Walaupun terpaksa berpanas meredah selut sehingga baju berlumpur, tetapi keseronokan mencari sendiri berbeza daripada membeli. Alhamdulillah, dapat banyak hasil," katanya.
Mariam Yahya, 50, dari Sungai Hitam, Tanjung Kling yang "bercuti" daripada berniaga pakaian untuk ke situ mengakui ralit mengutip kerang sehingga tidak menyedari tangguk dibawa sudah penuh.
Lem Swee Kee, 53, dan isteri Gao Chun Yan, 50, dari Pokok Mangga berkata pada mulanya datang ke pantai tersebut untuk melihat suasana "pesta kerang" yang tular di media sosial, sebelum turut mencari makanan laut itu untuk dimakan sendiri.
Sementara itu Pengarah Perikanan Melaka Saufi Affandi Talib berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan keracunan melibatkan kerang dikutip di Pantai Klebang dan menasihatkan orang ramai untuk memasak hasil laut itu dengan sempurna.
"Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa mengutamakan keselamatan diri kerana perlu meredah selut atau lumpur tebal selain harus peka dengan pasang surut laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.
Sementara itu, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata jika fenomena kerang itu berlaku dalam tempoh yang panjang atau bermusim, ia boleh dijadikan tarikan pelancongan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Fenomena kerang di Pantai Klebang menarik kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat yang sanggup meredah selut ketika air surut untuk mengutip hasil laut secara sendiri selepas video tular di media sosial.
- Penduduk tempatan seperti Roszana Johari, Salimah Taib, Mariam Yahya dan pasangan Lem Swee Kee serta Gao Chun Yan berkongsi pengalaman mengutip kerang untuk kegunaan sendiri, sambil menikmati suasana seperti pesta laut.
- Jabatan Perikanan Melaka menasihatkan orang ramai agar memasak kerang dengan sempurna dan mengutamakan keselamatan, manakala Exco negeri Datuk Rais Yasin mencadangkan fenomena itu dijadikan tarikan pelancongan jika berterusan secara bermusim.