awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM2.6 juta diperuntuk untuk 37 projek RT Progresif di Kelantan
Aksi "wheelie" di RnR Sungai Bakap: Polis tahan dua lagi individu
Kemasukan awal ke tahun satu secara sukarela sesuai dengan perkembangan dan potensi kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak

Bernama
Bernama
22/02/2024
02:05 MYT
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Lapan orang pengusung dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa masuk jenazah Allahyarham Abdul Taib dan diletakkan di tempat khas di Atrium DUN Sarawak.
KUCHING: Suasana pilu menyelubungi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebaik jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, tiba di sini, bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
Kenderaan membawa jenazah Abdul Taib tiba di bangunan DUN pada 7.50 pagi.
Turut mengiringi jenazah ialah anak-anak Allahyarham iaitu Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib dan Datuk Hanifah Hajar Taib.
Lapan orang pengusung dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kemudiannya membawa masuk jenazah Allahyarham dan diletakkan di tempat khas di Atrium DUN Sarawak.
Bangunan DUN Sarawak yang merupakan antara ikon utama negeri hari ini mula dibanjiri orang ramai daripada pelbagai kaum seawal 8 pagi untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas ketua menteri itu yang telah banyak menyumbang bakti kepada Bumi Kenyalang.
Bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Guru Al-Quran Majlis Islam Sarawak dan Persatuan Qari Bahagian Kuching turut diperdengarkan sempena istiadat berkenaan.
Istiadat Penghormatan Negeri bermula pada 8 pagi hingga 11.30 pagi bagi membolehkan orang awam memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Solat jenazah dijadual diadakan selepas itu di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.
Abdul Taib yang juga digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Taib Mahmud
#Taib Mahmud meninggal dunia
#Istiadat Penghormatan Negeri
#DUN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan