MALAYSIA
Suasana pilu selubungi Pulau Pinang iringi pemergian Karpal Singh

Mendiang Karpal Singh diarak di dalam keranda yang diselimuti hamparan bergambar harimau. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Untuk melihat foto-foto sepanjang upacara pengkebumian mendiang Karpal Singh klik di sini
Untuk melihat foto-foto sepanjang upacara pengkebumian mendiang Karpal Singh klik di sini
GEORGE TOWN: Orang ramai dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan peguam ikonik Karpal Singh.
Perkarangan Pusat Pembakaran Batu Gantung dipenuhi orang ramai dari seluruh negara yang mengunakan kesempatan hujung minggu ini untuk sama-sama menyaksikan perjalanan terakhir veteran DAP itu.
Suasana pilu menyelubungi pusat pembakaran apabila mayat Karpal mula diletakkan ditempat pembakaran.
Mayat mendiang dibakar kira-kira jam 2 petang dengan disaksikan orang .
Sebelum itu, upacara sembahyang agama Sikh oleh anggota keluarga diadakan di Dewan Sri Pinang sebelum mayat Karpal Singh yang diletakkan di dalam keranda yang diselimuti hamparan bergambar harimau diusung oleh anak-anak dan keluarga terdekat mendiang keluar dari dewan itu.
Selesai upacara sembahyang di Dewan Sri Pinang, mendiang Karpal Singh diarak ke tiga 'persinggahan bermakna' bagi membolehkan sesi fotografi dijalankan.
Tiga persinggahan itu ialah Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, tempat mendiang bertugas sebagai peguam, bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, lokasi beliau memulakan kerjaya politiknya dan St. Xavier's Institution, sekolah lama Karpal Singh.
Perarakan diiringi pancaragam sekolah yang memainkan lagu ‘When The Sainst Come Marching In’.
Kereta ahli keluarga Karpal merupakan antara kenderaan yang keluar dulu dari Dewan Sri Pinang dan diiringi oleh rombongan utama pemimpin DAP dan pegawai kerajaan.
Pada sebelah pagi, mendiang Karpal Singh diberi penghormatan terakhir oleh kerajaan negeri di Dewan Seri Pinang.
Lebih 10 ribu orang terdiri daripada pemimpin Pakatan Rakyat, ahli keluarga dan sahabat handai memenuhi dewan tersebut untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
Walaupun peluang itu telah dibuka sejak tiga hari lalu, namun orang ramai yang hadir pada hari ini cukup besar.
Hanya doa dan tanda hormat yang mampu mereka berikan.
Dalam pada itu, ada juga yang tidak dapat menahan emosi dan mengalirkan air mata, memeluk ahli keluarga terdekat dan menyentuh keranda mendiang.
Seorang lelaki kelihatan mendekati keranda, berdiri tegak, menjerit dan memberikan tabik hormat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng antara yang turut serta dalam rombongan perarakan mendiang Karpal Singh. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Untuk melihat foto-foto sepanjang upacara pengkebumian mendiang Karpal Singh klik di sini
Untuk melihat foto-foto sepanjang upacara pengkebumian mendiang Karpal Singh klik di sini
Orang ramai yang hadir disambut anak mendiang Karpal, Jagdeep, Gobind, Ramkarpal, Mankarpal dan Sangeet Kaur yang berdiri kesedihan berdekatan keranda.
Penghormatan negeri itu yang dianjurkan oleh kerajaan Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sewaktu membacakan ucapannya berkata, rakyat kehilangan pejuang yang tidak gentar membela golongan tertindas.
Lim turut berharap rakyat tidak hanya terus berkabung dengan pemergian Karpal tetapi juga meraikan kecemerlangannya dalam mengangkat keadilan, integriti dan kebebasan.
"Selama 40 tahun, Karpal telah mendedikasikan hidupnya kepada kerjayanya sebagai peguam, membela keadilan, menyokong hak perlembagaan dalam kebebasan dan hak asasi manusia.
Kes yang berjaya dimenanginya merupakan rujukan kepada peguam gemerasi baru," kata Lim.
Lim berkata, Karpal merupakan bapa dan suami yang setia walaupun telah mencurahkan kebahagian daripada hidupnya kepada politik dan guaman.
Kemalangan itu telah membunuh Karpal sekaligus mengambil nyawa seorang pemimpin yang cukup berkaliber dan cemerlang, tambah Lim lagi.

Lebih 10 ribu orang awam memenuhi Dewan Sri Pinang untuk memberi penghormatan terakhir. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Untuk melihat foto-foto sepanjang upacara pengkebumian mendiang Karpal Singh klik di sini
Untuk melihat foto-foto sepanjang upacara pengkebumian mendiang Karpal Singh klik di sini
Keranda dibawa keluar dari rumah pada bermula pukul 7.45 pagi sambil diiringi dengan letupan mercun dan teriakan "Boleh Sone Hal! 'dan 'Sat Sri Akal' kemudian tiba di Dewan Sri Pinang pada 8.24 pagi tadi.
Penghormatan terakhir untuk orang awam yang bertali arus menanti peluang masing-masing telah bermula pada pukul 9 hingga 11 pagi.
"Harap sabar, harap sabar. Pintu akan dibuka sebentar lagi," kata pengerusi majlis di upacara penghormatan di Dewan Sri Pinang.
Selain itu, orang awam diminta untuk tidak merakamkan foto sewaktu berada di dalam dewan.
Di penghujung acara yang mengambil masa selama 4 jam itu, tetamu yang hadir bersorak "Karpal Singh! Karpal Singh!".
Sesungguhnya suasana sedih menyelubungi upacara penghormatan terakhir mendiang Karpal Singh, seorang ahli politik ternama dan peguam yang dihormati.
Orang ramai telah tiba di kediamannya di Jalan Utama di sini seawal 6 pagi untuk memberi penghormatan terakhir mereka buat pemimpin DAP yang meninggal pada usia 73 dalam satu kemalangan pada Khamis.
Karpal ketika kejadian dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah.
Karpal meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta 11 orang cucu.
Untuk melihat foto-foto kenangan peguam dan ahli politik mendiang Karpal Singh 1940-2014, sila klik di sini.