awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suasana pilu selubungi rumah mangsa korban kencing tikus

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2014
00:08 MYT
Suasana pilu selubungi rumah mangsa korban kencing tikus
Suasana pilu selubungi rumah mangsa korban kencing tikus. - Astro AWANI
Suasana pilu menyelebubungi perkarangan rumah Allahyarham Amirah Maisarah Zir Omar Khan yang meninggal dunia akibat penyakit kencing tikus pada malam Sabtu.
Bagi ahli keluarga, mereka sukar menerima kenyataan kerana arwah sebelum ini tidak mengalami sebarang penyakit berbahaya atau demam kuat.
Menurut bapa Allahyarham, Zir Omar Khan Mohamad, sebelum kejadian mereka sekeluarga pergi bercuti di Salak Denai, Yan.
Bagaimanapun, selepas lima hari di rumah, arwah tiba-tiba demam kuat dan terpaksa di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Namun, selepas membuat pemeriksaan, mereka diarahkkan pulang kerana tidak mengesyaki anaknya di serang penyakit berbahaya.
Bagaimanapun keadaan mangsa bertambah kritikal dan di bawa ke hospital swasta untuk pemeriksaan lanjut.
Selepas sekali lagi dipindahkan ke HSB, Amirah semakin kritikal dan dimasukan ke wad kecemasan selain tidak sedarkan diri selama tiga hari sehinggalah disahkan meninggal dunia.
"Seminggu itu kami pergi ke Salak Denai, mandi-mandi dan mula Selasa dan Rabu lepas, dia dimasukkan ke kecemasan dan ditahan di dalam wad," kata Zir Omar.
Dalam pada itu, ibu saudara mangsa, Nor Laila Mohamad berkata, Amirah mengalami demam panas setelah beberapa hari pulang dari pusat rekreasi itu.
Nor Laila juga tidak menyangka percutian mereka diakhiri dengan tragedi berkenaan.
Sebelum ini, keseronokan lima sekeluarga pergi bercuti bertukar menjadi mimpi ngeri apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia di HSB dipercayai di serang penyakit kencing tikus (Virus Leptospirosis).
Manakala seorang lagi mangsa berusia lima tahun masih dirawat di hospital sama kerana demam dan seorang lagi berusia tiga tahun didapati tidak dijangkiti virus tersebut.
Jenazah Amirah selamat dikebumikan di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang, Kepala Batas.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan segera bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku.
"Kita akan memeriksa sekiranya terdapat bukti pusat rekreasi terbabit di cemari kencing tikus.
"Ini termasuk menutup pusat rekreasi tersebut dan menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi mengelak orang ramai berkunjung ke kawasan tersebut," jelasnya.
Namun setakat ini, masih belum ada arahan dibuat untuk menutup pusat rekreasi terbabit kerana siasatan masih dijalankan pihak berkenaan.
Katanya, orang ramai diminta mengambil langkah berjaga-jaga apabila berkunjung ke pusat rekreasi yang dikatakan penyebab kepada penyakit berbahaya itu.
Topic Berkaitan
#HSB
#kebumi
#korban
#rekreasi
#tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan