awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
MALAYSIA
Juruterbang rugi lebih RM190,000 terperdaya tawaran pakej haji palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Subahat daftar pekerja asing: Lima individu termasuk tiga pengawai penguat kuasa ditahan

Bernama
Bernama
24/06/2025
14:47 MYT
Sponsor Banner
Subahat daftar pekerja asing: Lima individu termasuk tiga pengawai penguat kuasa ditahan
Suspek dipercayai menerima wang rasuah antara RM50,000 hingga RM60,000 bagi setiap permohonan pendaftaran pekerja asing. - SPRM
BERNAMA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu termasuk tiga pegawai penguat kuasa kerana disyaki bersubahat dalam pendaftaran pekerja asing secara tidak sah di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Menurut sumber, dua lagi yang ditahan merupakan seorang pengurus syarikat dan seorang warga asing, dengan kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an ditahan dalam operasi yang dijalankan antara 11 pagi hingga 2.30 petang semalam di sekitar Putrajaya dan Kelantan.
“Siasatan awal mendapati tiga pegawai penguat kuasa terbabit — dua lelaki dan seorang wanita — dipercayai menerima wang rasuah antara RM50,000 hingga RM60,000 bagi setiap permohonan pendaftaran pekerja asing,” kata sumber itu.
Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan antara tahun 2020 hingga 2021.
Penahanan itu adalah hasil daripada pelaksanaan Op Putih oleh Bahagian Perisikan SPRM di Kelantan bagi membongkar kegiatan sindiket yang disyaki melibatkan beberapa pegawai JIM yang bersubahat dengan ejen warga asing dalam proses pendaftaran pekerja asing secara tidak mengikut prosedur ditetapkan,
Sumber itu berkata perbuatan berkenaan jelas bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan sedia ada.
Menurutnya tumpuan operasi adalah bagi mengekang amalan rasuah dalam kalangan pegawai awam serta melumpuhkan rangkaian sindiket yang terbabit.
Berikutan itu, kesemua suspek telah direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan selepas perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Amin Rashidi Ramli di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, pagi tadi.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Idris Zaharudin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Program Rekalibrasi Tenaga Kerja
#Jabatan Imigresen Malaysia
#daftar pekerja asing
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami