[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DREBAR

Subaru akan bawa XV Concept ke Geneva

Astro Publication 11/02/2016 | 03:46 MYT
Di pameran kereta Geneva nanti, Subaru akan menampilkan konsep Subaru XV yang kemungkinan besar akan menunjukkan hala tuju model ini dari segi rekaan bagi generasi akan datang. Daripada imej yang diberikan, konsep XV ini mempunyai bampar hadapan dengan bentuk yang lebih jelas serta bersegi.
Paling berbeza dengan XV sedia ada adalah bentuk lampu hadapan yang lebih kecil. Arca bumbung yang menonjol itu pula diisi dengan tayar bersama rekaan aloi lebih berani.
Subaru XV baru-baru ini telah diberikan ‘facelift’ untuk pembeli-pembeli di Malaysia; dan model sama di pasaran UK juga telah menerima tambah baik tersendiri beberapa hari lepas.
Pameran kereta Geneva yang ke-86 akan berlangsung antara 3-13 Mac nanti. Namun, Subaru akan menampilkan konsep XV ini pada 1 Mac iaitu ketika sesi media.
# # Geneva # XV Concept #Subaru